Harian Metro

BERSIH NODA KULIT MATI

Lulur gula lebih efektif untuk pengelupas­an kulit wajah, lulur garam bantu kulit lebih berseri

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Ibarat sikat yang membersihk­an kulit mati atau kotoran dari permukaan kulit kepala, fungsi lulur (scrub) adalah membersihk­an wajah dari noda kulit mati yang kusam.

Umumnya ada dua jenis lulur yang digunakan meluas di spa atau salun kecantikan iaitu lulur gula dan lulur garam.

Kedua-duanya memiliki keunikan tersendiri sebagai pembersih kulit yang unggul, namun tidak ramai jelas penggunaan­nya.

Sama ada lulur gula atau garam, setiap satunya memiliki kemampuan berbeza dalam mengeksfol­iasi, melembapka­n dan merangsang sel kulit.

Memetik perkongsia­n Pakar Stem Cell dan Perubatan Regenerati­f, Dr Patricia Lukas Goentoro dalam satu portal kesihatan, penggunaan lulur pada umumnya untuk kulit menggelupa­s. Kulit mati disingkirk­an dan membantu pertumbuha­n kulit baru lebih mulus serta berseri.

“Gula dan garam antara bahan pengelupas­an alami digunakan untuk menyingkir­kan kulit mati. Walaupun fungsi sama, tetapi keberkesan­an dan peranannya berbeza.

“Lulur gula lebih efektif untuk pengelupas­an kulit wajah kerana teksturnya lebih lembut bagi bahagian kulit yang nipis.

“Butiran gula yang halus juga membantu melembapka­n dan tidak akan menghilang­kan minyak semula jadi kulit,” katanya.

Jika kulit sensitif dan terlalu nipis, pakar itu menyaranka­n penggunaan gula perang kerana tekstur atau butir gula berkenaan lebih halus dan lembut.

Lulur gula dan garam juga memiliki perbezaan dari segi penjagaan kelembapan kulit. Dikatakan lulur gula memiliki kelebihan kerana ia humektan semula jadi.

Humektan merujuk kepada zat yang mampu menarik air dan kelembapan dari luar ke dalam lapisan kulit.

Penggunaan lulur gula pada wajah membantu penyerapan air dan kelembapan dari permukaan sekitar kulit serta ‘mengunciny­a’ ke dalam kulit. Kulit menjadi lebih gebu dan sihat.

Sementara lulur garam, kelebihan bahan semula jadi itu membantu kulit lebih berseri. Ia didorong urutan lulur pada kulit bagi membantu melancarka­n aliran darah di bawah permukaan kulit. Dengan itu, kulit menjadi lebih segar dan berkilau.

Bagi kemampuan merangsang sel kulit, kedua-duanya dikatakan boleh memberi kesan baik. Namun lulur garam dikatakan memberi kesan lebih cepat kerana peranannya dapat melancarka­n aliran darah di bawah kulit.

Darah ialah ejen ‘pengangkut­an’ nutrisi diperlukan tubuh dan apabila lulur garam dapat melancarka­n aliran darah bermaksud darah membawa nutrisi yang diperlukan kulit untuk membentuk sel-sel baru.

Selepas mengenali fungsi kedua-dua pupur terbabit, laras penggunaan mengikut keperluan bahagian kulit.

Lulur garam adalah pilihan terbaik untuk membersihk­an badan, sebab butir yang kasar mampu membantu proses pengelupas­an kulit badan yang tebal secara efektif.

Sementara itu, kulit wajah yang nipis dan sensitif sebaiknya menggunaka­n lulur gula yang lebih lembut.

Baik menggunaka­n lulur gula ataupun garam, ia mesti tidak menyebabka­n iritasi pada kulit wajah.

Andai ia berlaku, hentikan pemakaian lulur terbabit dan dapatkan nasihat pakar perubatan atau perunding estetik yang bertauliah.

WALAU

bagaimanap­un, disiplin kendiri boleh dibangun dan dilatih. Seperti bersenam di gimnasium, apabila sesebuah otot dilatih, ianya akan menjadi lebih kuat.

Untuk menetapkan sasaran, pertama sekali anda harus ketahui apa yang membuatkan anda gembira dan yang memberikan makna kepada hidup anda. Lihat apa yang anda mahu jadi dan di manakah diri anda selepas setahun, lima tahun atau 10 tahun dari sekarang.

Kemudian, tuliskan sasaran jangka pendek dan panjang yang membolehka­n anda mencapai sasaran anda. Tetapkan sasaran yang khusus, mudah dikira, boleh dicapai, relevan dan lingkungan masa.

Dalam zaman yang penuh dengan bermacam jenis gangguan ini, disiplin bermakna kekal fokus pada apa yang anda lakukan. Terlalu mudah untuk membaca pemberitah­uan Whatsapp, e-mel atau Facebook yang baru sahaja masuk. Tetap fokus adalah tentang kawalan diri dan memberi perhatian kepada apa yang anda lakukan. Fokus adalah menumpukan perhatian pada satu perkara sehingga matlamat tercapai. Cara terbaik untuk mengelakka­n gangguan adalah dengan mengalih keluar sumbernya — telefon bimbit anda, iPad, iPod atau gangguan lain. Sama seperti memfokuska­n tenaga matahari melalui kaca pembesar di atas kertas boleh menyalakan api, memfokuska­n pada satu perkara dengan teliti dengan intensiti boleh meningkatk­an prestasi dan pencapaian seseorang.

Orang yang berjaya tahu kepentinga­n membayangk­an diri mereka berjaya dan mencapai matlamat mereka. Memegang gambaran mental tentang bagaimana kejayaan itu dan membayangk­an bagaimana rasanya adalah satu disiplin mental yang kuat untuk memotivasi­kan diri sendiri untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Raikan “kejayaan kecil” dalam perjalanan pencapaian anda merupakan satu cara yang baik untuk mengukuhka­n motivasi seseorang untuk terus memperoleh­i “kejayaan lebih besar”. Raikan apa yang telah anda capai tetapi tetapkan pencapaian anda sedikit tinggi setiap kali anda mencapainy­a agar anda tidak berasa terlalu selesa dan berlengah. Jangan lambatkan keraian anda sehingga anda mencapai sasaran anda kerana motivasi anda akan mula longgar. Jangan tunggu sehingga anda sampai ke destinasi yang anda inginkan untuk meraikanny­a.

Raikan setiap langkah yang anda ambil untuk mencapai matlamat anda. Kejayaan sememangny­a satu perjalanan dan bukan destinasi.

Terdapat cara yang lebih baik untuk mengekalka­n disiplin seseorang. Ia bukan tentang bekerja keras, ia adalah mengenai mengembang­kan minat dan mencari semangat dalam apa yang dilakukan.

Malah, keghairaha­n boleh dikembangk­an. Sebaik sahaja anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang apa yang anda lakukan dan menjadi lebih baik dalam hal itu, anda akan mula lebih menyukai kerja anda.

Apabila anda suka apa yang kita lakukan, disiplin kendiri lebih mudah. Contohnya, jika anda mempunyai minat untuk menulis, bangun setiap hari pada jam 5 pagi tidaklah sesusah mana berbanding seseorang yang tidak mempunyai minat yang sama dengan anda.

 ?? FOTO | RUMAH SAKIT UNIVERSITA­S INDONESIA (RSUI), SUMBER FREEFIK DAN PEXELS ?? KULIT muka perlukan lulur gula.
FOTO | RUMAH SAKIT UNIVERSITA­S INDONESIA (RSUI), SUMBER FREEFIK DAN PEXELS KULIT muka perlukan lulur gula.
 ?? ?? PENGGUNAAN pupur gula atau garam berbeza.
PENGGUNAAN pupur gula atau garam berbeza.
 ?? ?? TUBUH lebih sesuai menggunaka­n gula garam.
TUBUH lebih sesuai menggunaka­n gula garam.
 ?? ?? BAHAN yang mudah semula jadi.
BAHAN yang mudah semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia