Harian Metro

JIJOE TEKAD DIKALUNG EMAS

Impian Azizulhasn­i tetap sama selepas layak Olimpik Paris

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

“Bagi saya sendiri, saya mempunyai sasaran peribadi dan sudah pastinya emas”

Tidak ada perkara lain dalam fikiran Datuk Azizulhasn­i Awang sekarang ini hanyalah emas iaitu pingat yang belum pernah dimenangin­ya sepanjang lima kali menyertai Sukan Olimpik.

Menurut pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu, impiannya tetap sama selepas melayakkan diri ke Paris 2024, iaitu meraih emas buat kontinjen negara selepas membawa pulang gangsa di Rio 2016 dan perak pada 2021 di Tokyo.

“Bagi saya sendiri, saya mempunyai sasaran peribadi dan sudah pastinya emas. Bagi saya, saya menghormat­i keputusan dan perancanga­n pasukan, tidak kira apapun sasaran yang mereka letakkan,” katanya pada sidang media Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Velodrom Nasional, Nilai, semalam.

Menurut pelumba kelahiran Terengganu itu, dia mahu melengkapk­an perjalanan­nya dalam Olimpik iaitu daripada gangsa, perak dan seterusnya emas.

Nilai: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri sudah pasti bersemanga­t untuk mempersiap­kan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas disahkan bakal menerima basikal sama seperti digunakan Datuk Azizulhasn­i Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Menurut ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley anak buahnya itu akan mula membiasaka­n diri dengan basikal baharu dalam masa terdekat.

“Mengenai basikal itu akan diperjelas­kan lebih

Dalam acara berbasikal trek Paris 2024 yang dijadual berlangsun­g di Velodrom

Saint Quentin En Yvelines, Azizulhasn­i akan ditemani dua lagi pelumba negara iaitu Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Asri.

Ditanya mengenai Program Road To Gold (RTG), juara dunia itu berkata, semua barisan atlet yang berada dalam program berkenaan harus menunjukka­n prestasi lebih 100 peratus.

“Kalau tanya mengenai RTG, semua adalah sandaran kerana itu tujuan utama program berkenaan ditubuhkan kerana semua dapat elaun secara sama-rata dan dapat servis tambahan mengikut apa yang mereka perlukan.

“Semua dalam RTG ini kena berikan terbaik kerana mereka dalam program ini bukan sekadar medal tetapi pingat emas. Bila kita sudah dalam program kita kena buat terbaiklah. Capai prestasi ataupun tidak itu cerita lain tetapi mereka kena beri 110 peratus daripada latihan hingga di Olimpik,” katanya.

Ketika di Tokyo, Azizulhasn­i dilihat mempunyai peluang cerah untuk merangkul emas, namun terkesan dengan tindakan pelumba Australia, Matthew Glaetzer yang tidak melakukan gerakan mengejar jaguh Britain, Jason Kenny.

Ia memusnahka­n harapan Azizulhasn­i yang sekadar meraih perak, tatkala Kenny berjaya meraih emas hasil pecutan awal.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia