Harian Metro

Aura baharu stadium MBPJ pembangkit semangat

-

Kuala Lumpur: Aura baharu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diubah suai membangkit­kan semangat pemain Selangor FC bagi mengharung­i Cabaran Asia Selangor (SAC) 2024 selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Pengendali Red Giants, Nidzam Jamil berkata, wajah baharu Stadium MBPJ nyata memberi motivasi tambahan buat anak didiknya apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

“Saya fikir macam kita ubah suai rumah kita. Ia masih rumah sama cuma kita tambah baik rumah sendiri dan itu bagus untuk penyokong dan emosi pemain. Sebab bila kita buat penambahba­ikan pada stadium, itu tambah baik emosi. Ia juga tambah baik dari segi prestasi pasukan.

“Ini bagus untuk keluarga yang datang sebab kita nak semua orang rasa Stadium MBPJ itu rumah kita. Jika kelab nak ubah suai dan tambah baik lagi stadium, saya fikir itu bagus kerana ia petanda baik buat kita,” katanya pada sidang media SAC 2024 di Shah Alam, malam kelmarin. Stadium MBPJ menjalani proses penambahba­ikan musim ini susulan kejayaan Selangor FC yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) musim ini. Proses berkenaan antara syarat diletakkan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) buat pasukan bertanding di ACL II, apabila tempat duduk penonton dinaik taraf, kemudahan di bilik persalinan dan pegawai ditingkatk­an dan lain-lain lagi.

Dalam saingan SAC 2024, ia membabitka­n saingan empat penjuru termasuk Selangor FC; Balestier Khalsa FC dari Singapura; Duli Pengiran

Muda Mahkota FC (DPMM FC) dari Brunei dan Young Elephants FC dari Laos.

Format kejohanan kali ini berbeza apabila setiap kemenangan mendapat tiga mata, manakala setiap jaringan gol (goal scored) dikira sebagai satu mata tambahan untuk setiap pasukan.

Pasukan menduduki tangga teratas carta liga menjadi pemenang atau juara kejohanan.

“Kita nak semua orang rasa Stadium MBPJ itu rumah kita Nidzam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia