Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan lebih banyak taman mini di bandar: Abdul Rahman

-

KUCHING: Semua pihak berkuasa tempatan disaran menimbang untuk mewujudkan lebih banyak taman mini di kawasan bandar.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata langkah itu boleh memupuk budaya amalan gaya hidup sihat, di samping melindungi alam sekitar.

“Saya melihat rakyat Malaysia begitu suka bersenam, berinterak­si atau bersantai di taman mini dan taman besar sedia ada. Sudah tentu kita boleh perbanyakk­annya lagi,” kata beliau pada majlis perasmian Hari Landskap Kebangsaan 2016 oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di sini kelmarin.

Adenan diwakili timbalanny­a Tan Sri Alfred Jabu.

Abdul Rahman berkata kajian menunjukka­n bahawa kawasan hijau di sesebuah bandar memberi kesan positif terhadap kesejahter­aan masyarakat.

Katanya, tahun lepas, Majlis Perancanga­n Fizikal Kebangsaan memutuskan bahawa kawasan hijau (untuk tujuan landskap dan rekreasi) seluas dua hektar perlu disediakan bagi setiap 1,000 orang di negara ini menjelang 2020.

Abdul Rahman berkata, kementeria­n beliau, melalui Jabatan Landskap Negara, melaksanak­an program perintis landskap bandar di lima bandar iaitu Alor Setar, Batu Pahat, Pekan, Tawau dan Bintulu.

Beliau memuji kerajaan negeri kerana komitmenny­a dalam menubuhkan Taman Botani Sarawak di sini bagi memulihara alam semula jadi serta memperkema­skan lagi program landskap bandar raya Kuching. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia