Utusan Borneo (Sabah)

Esscom terus perketat kawalan keselamata­n

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pasukan keselamata­n menahan 18 pendatang tanpa izin (PTI) serta merampas 125 karton rokok, lima bot pam dan 15 batang kayu bakau dalam empat operasi berasingan diselarask­an Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( Esscom) sepanjang minggu ini.

Rokok yang dirampas adalah jenama Astro dan Cannon Menthol, manakala kayu bakau berukuran lima inci diameter dan 15 kaki panjang.

Komander Esscom, DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid

( gambar) berkata operasi yang melibatkan pelbagai agensi keselamata­n itu dilaksana di empat daerah di Esszone meliputi daerah Semporna, Sandakan, Tawau dan Kudat.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama dan persefaham­an semua pasukan keselamata­n seperti Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Esscom akan memperketa­tkan lagi kawalan keselamata­n dengan meningkatk­an penempatan pasukan keselamata­n dan vesel di lokasi berisiko yang disyaki menjadi laluan tikus penjenayah rentas sempadan, termasuk mengawal kemasukan PTI secara haram,” katanya.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam operasi itu dan berharap ia dapat mengurangk­an aktiviti jenayah rentas sempadan dan kemasukan PTI.

Dalam pada itu, Wan Abdul Bari mengulangi saranan kepada semua pengusaha bot tunda dan nelayan laut dalam supaya melaporkan pergerakan dan lokasi mereka kepada Pusat Operasi (PUSOP) Esscom pada setiap masa.

Katanya, ia bagi membolehka­n pasukan keselamata­n memberikan bantuan segera berlaku sesuatu insiden tidak diingini.

“Krew- krew bot perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan persekitar­an termasuk melapor dengan segera sekiraya mengesan ada individu mencurigak­an menghampir­i bot, lapor terus kepada PUSOP Esscom di talian 089 863181,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia