Utusan Borneo (Sabah)

Nicki Minaj, Ariana Grande antara artis penghibur di anugerah MTV

-

PENYANYI rap Nicki Minaj dan bintang pop Ariana Grande akan bersatu semula untuk membuat persembaha­n di Anugerah Muzik Video MTV (VMA.

Minaj, salah seorang penyanyi rap wanita yang paling berjaya, akan menyertai Grande untuk lagu single bintang pop itu ‘Side to Side’ di gala pada malam Ahad di Madison Square Garden, New York.

Kedua-dua penyanyi, bersama dengan seorang penyanyi Inggeris, Jessie J, bekerja sama di VMA 2014 untuk salah satu persembaha­n pertama yang menerima sambutan terbaik pada malam itu.

Minaj sekali lagi memulakan majlis anugerah pada 2015 dengan persembaha­n bersama superstar pop Taylor Swift – walaupun MTV dikritik oleh Minaj pada tahun itu kerana tidak turut mencalonka­n videonya untuk lagu ‘Anaconda’ bagi anugerah ‘Video of the Year’.

Penghibur lain yang diumumkan sebelum ini untuk majlis anugerah pada Ahad termasuk Rihanna, yang akan menerima Anugerah ‘Video Vanguard’, selain penyanyi rap Future dan Britney Spears, yang mengeluark­an album baharu. MTV pada Rabu lepas mengumumka­n bahawa penyampai anugerah pada Ahad termasuk bintang televisyen realiti Kim Kardashian, isteri Kanye West yang dicalonkan untuk hadiah utama dengan ‘Famous’.

Penyampai lain termasuk raja hip-hop kelahiran New York, Puff Daddy, penyanyi legenda R&B Alicia Keys, pelakon dan penyanyi rap generasi kedua Jaden Smith serta penyanyi British, Rita Ora.

Setahun selepas Miley Cyrus menikmati kebanyakan tumpuan dengan menyampaik­an anugerah, MTV akan mengetepik­an seorang hos tradisiona­l.

Gala itu pada kali ini sebaliknya mempunyai beberapa penyampai termasuk penerbit rap DJ Khaled, yang akan muncul dari petak mewah dalam arena.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NICKI MINAJ
NICKI MINAJ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia