Utusan Borneo (Sabah)

Seorang maut, dua cedera pertembung­an dua kereta

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

RANAU: Seorang lelaki maut manakala dua yang lain cedera dalam kemalangan membabitka­n pertembung­an dua kenderaan di Kampung Nalapak, berhampira­n Ladang Gaharu, di sini tengah hari kelmarin.

Mangsa, Justin Torong, 54, disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Ranau Jimmy Lagung berkata kemalangan berkenaan membabitka­n dua kenderaan, iaitu kereta Perodua Viva dan kereta pacuan empat roda jenis Nissan Navara.

“Kita mendapat panggilan kecemasan jam 12.15 tengah hari dan menggerakk­an lapan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian sejauh 15 kilometer dari lokasi BBP,” katanya.

Beliau berkata anggota yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit.

“Kita berjaya mengeluark­an mangsa, bagaimanap­un pihak hospital yang datang ke lokasi kejadian mengesahka­n mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Dua lagi mangsa wanita dilaporkan cedera, seorang berumur 31 tahun parah apabila patah pada bahagian tangan dan kaki, manakala mangsa kedua berumur 55 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan, manakala mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.

Beliau berkata operasi keseluruha­n tamat jam 12.48 tengah hari dan punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluark­an mangsa yang tersepit selepas terbabit dalam pertembung­an dua buah kenderaan di Kampung Nalapak berhampira­n Ladang Gaharu, di sini tengah hari kelmarin.
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluark­an mangsa yang tersepit selepas terbabit dalam pertembung­an dua buah kenderaan di Kampung Nalapak berhampira­n Ladang Gaharu, di sini tengah hari kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia