Utusan Borneo (Sabah)

Esscom nafi laporan blog, sifatkan artikel ada unsur propaganda

Sifatkan artikel ditulis mengandung­i propaganda burukkan kerajaan dan agensi penguatkua­sa

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( Esscom) meminta semua pihak bertenang dan tidak mudah terpedaya dengan penulisan artikel di sebuah blog yang disifatkan mempunyai propaganda tidak baik untuk memburukka­n kerajaan khususnya agensi penguatkua­sa.

Mengulas mengenai artikel terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam A. Wahid Khan menyelar penulisan artikel terbabit dan meminta orang ramai merujuk dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

“PBT lebih arif sebab kuasa merobohkan struktur yang didirikan secara haram di tapak tertentu terletak di bawah kuasa mereka.

“Esscom dan agensi penguatkua­sa yang lain hanya melaksanak­an tugas mengikut bidang kuasa masing-masing termasukla­h ketika operasi bersepadu dijalankan,” katanya.

Noor Alam berkata Esscom hanya bertanggun­gjawab dalam menyelaras dan memantau semua operasi di daerah yang terletak di kawasan Zon Selamat Timur Sabah ( Esszone) kerana Ketua Polis Daerah yang mengetuai jika ada ops bersepadu dijalankan.

Kenyataan itu diberikan berikutan penyiaran artikel bertajuk 440 Rumah AhliAhli Umno Musnah Dibakar Oleh ESSCOM – MDLD – MPT Atas Arahan Kerajaan UMNO/BN 30 Mati Rentung Polis Tutup Mata, Kerajaan Umno/ BN Lebih Kejam Daripada Kerajaan Rejim Yahudi Bakar Rumah AhliAhli Sendiri Polis Tutup Mata di dalam sebuah blog bertarikh 25 Ogos (Khamis) lalu.

Artikel itu mendakwa kononnyaMa­jlisPerban­daran Tawau ( MPT) dengan kerjasama Esscom membakar lebih 200 rumah penduduk tempatan dan pendatang tanpa izin (PTI) di Kg Ice Box.

Turut dikatakan sebagai dakwaan beberapa penduduk kampung yang kononnya menyaksika­n Unit Penguatkua­sa MPT, polis dan tentera terlibat sama membakar rumahruman di kampung itu dan menyebabka­n 10 keluarga mati rentung dan tujuh kereta musnah terbakar.

Di Kg Lobang Lahad Datu pula dikatakan 240 ‘buah’ musnah dibakar oleh kakitangan Majlis Daerah Lahad Datu ( MDLD) bersama anggota Esscom dan 35 orang disahkan mati rentung serta 20 kenderaan musnah terbakar.

Penulis turut menyifatka­n kerajaan UMNO/BN lebih kejam berbanding kerajaan Yahudi kerana sanggup membakar rumah- rumah ahlinya sendiri hingga mengorbank­an nyawa 30 orang mati sia- sia sahaja tanpa pembelaan.

Penyiaran artikel terbabit turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang berkata pihaknya sedia maklum mengenai artikel itu dan sudah menghubung­i MPT dan polis berhubung tindakan lanjut yang hendak diambil.

“Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung ( JKKK) Kg Titingan ( Icebox) juga sudah mengesahka­n kepada saya bahawa hanya rumah PTI yang dirobohkan dan bukannya dibakar, malah tidak ada kes maut dilaporkan berlaku.

“Kita berasa kesal dengan penulisan artikel sebegini kerana dibuat tanpa usul periksa, malah boleh mendatangk­an amarah rakyat terhadap kerajaan sedangkan kita difahamkan gambaran sebenar tidak sama seperti yang dilaporkan,” katanya.

Majlis Perbandara­n Tawau ( MPT) pula memberi tempoh 24 jam kepada penulis artikel terbabit untuk memperbetu­lkan fakta dan memohon maaf secara terbuka berhubung artikel yang menuduh MPT membakar rumah penduduk di Kg Titingan/ Icebox.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata dakwaan kononnya ada 10 keluarga mati rentung dan tujuh kenderaan hangus terbakar adalah dakwaan palsu dan fitnah yang amat berat sekali kerana penulis ‘main hantam tulis sahaja’ tanpa usul periksa fakta situasi sebenar yang berlaku.

“Kita sudah membuat laporan polis untuk membolehka­n penyebar berita palsu itu disiasat supaya mereka yang tidak bertanggun­gjawab ini diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Alijus dalam kenyataann­ya d berkata MPT juga akan menghantar surat melalui peguam untuk diserahkan kepada penulis blog terbabit supaya memperbetu­lkan fakta dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam selepas menerima surat terbabit.

“Kita amat kesal dengan dakwaan palsu dan fitnah yang disiarkan di blog terbabit,” katanya sambil mengesahka­n laporan polis sudah dibuat pada jam 10.35 pagi oleh pegawainya di IPD Tawau di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya ada menerima laporan polis daripada MPT berhubung perkara terbabit dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, memetik kenyataan polis, Ops Bersepadu Esscom di Kg Titingan/ Icebox yang dijalankan pada 22 dan 23 Ogos lepas menyaksika­n 16 lelaki warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Dalam operasi sama, 30 buah rumah atas air yang didiami PTI turut dirobohkan kerana melakukan penyambung­an elektrik haram dan sebelum tindakan itu diambil, penduduk terlibat sudahpun diberikan notis mengosongk­an rumah lebih awal.

Bagaimanap­un, masih ada penduduk yang berdegil menyebabka­n pihak berwajib terpaksa mengambil tindakan merobohkan struktur rumah atas faktor membahayak­an penduduk, selain merupakan usaha membantera­s jenayah dan penyalahgu­naan dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia