Utusan Borneo (Sabah)

PBRS Inanam: Sokong siapa pun calon BN di Inanam

- Oleh JOHN TAMBANAN

INANAM: Ahli-ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Kawasan Inanam disaran terus memberi sokongan dan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Inanam pada pilihanray­a akan datang walaupun kerusi itu diwakili parti komponen BN yang lain.

Saranan itu dibuat Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PBRS Bahagian N.13 Inanam yang diadakan di Balai Raya, Kg. Bambangan, Inanam baru-baru ini.

“Kita tidak mahu mempersala­hkan mereka yang tidak mengundi BN di Inanam pada pilihanray­a yang lalu kerana mungkin mereka mempunyai sebabsebab tertentu untuk berbuat demikian, bagaimanap­un pada pilihanray­a akan datang kita mahu memastikan ahli PBRS di Inanam memberi sokongan dan seterusnya memberi kemenangan kepada calon BN walaupun calon itu daripada parti lain dalam komponen BN,” katanya.

Kurup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mengulas ucapan awal Ketua Bahgaian PBRS Inanam V. Norbert Majilang, yang mahu supaya parti itu diberi peluang menjawat jawatan penting di peringkat kampung sebagai pengerusi JKKK mahupun Ketua Kampung.

Dalam ucapan balasnya, beliau berkata permintaan itu mempunyai kewajaran bagi menangani hati ahli-ahli dalam parti, berkaitan keperluan terutama jawatan- jawatan di peringkat kampung.

“Walaupun ini bukanlah satu keutamaan tetapi penting juga bagi kita untuk mengelakka­n cakap- cakap yang tidak baik,” katanya.

Turut hadir Ketua Bahagian PBS Inanam, Fredolin Totin Bangon, Ketua Bahagian PBRS Karambunai, Dr. Zamree Gulam Rasul, Ketua Bahagian PBRS Matunggung, Richard Kastum, Ketua Bahagian PBRS Inanam, V. Norbert Majilang, Ketua Pemuda PBRS, Benti Alim dan Ketua Wanita PBRS, Netty Koris

 ??  ?? KURUP memalu gong sebagai simbolik perasman Mesyuarat Agung Tahunan PBRS Inanam. Turut kelihatan Fredolin (kiri) dan Norbert (dua dari kanan).
KURUP memalu gong sebagai simbolik perasman Mesyuarat Agung Tahunan PBRS Inanam. Turut kelihatan Fredolin (kiri) dan Norbert (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia