Utusan Borneo (Sabah)

Laporan yang diviral tidak benar: Yusof

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal menyangkal laporan sebuah blog yang mencetuska­n persepsi negatif terhadap kejadian sebenar operasi bersepadu di sini, kelmarin.

Menurutnya, bilangan rumah yang musnah dibakar dan kenderaan yang musnah terbakar sama sekali tidak benar malah laporan yang diberikan menunjukka­n Lahad Datu diperintah teruk oleh pemimpin.

“Yang kita dimaklumka­n (dari sumber sah) tidak ada kemalangan jiwa langsung.”

“Jangan ada begini, seolaholah kita ini pemerintah yang teruk sekali,” katanya ketika ditemui untuk mengulas laporan sebuah blog yang menjadi viral kelmarin.

Isnin lalu, operasi bersepadu di sebuah perkampung­an kecil setinggan mendapat perhatian umum terutama di media sosial namun kelmarin sebuah blog melaporkan sebanyak 240 rumah dan 20 kenderaan musnah dan 35 orang mati rentung.

Yusof yang juga Ketua Umno Bahagian Silam berkata, beliau tidak teragak- agak untuk membuat laporan susulan untuk tindakan pihak berwajib.

Mengulas lanjut, Yusof meminta agar Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) bersedia mempertimb­angkan dua permasalah­an yang membelangg­u penduduk tempatan di daerah ini.

Dua permasalah­an itu ialah tindakan menangani permasalah­an setinggan dan pembaharua­n lesen peniaga kecil kerana ianya memerlukan kerjasama yang “pertimbang­an politik” yang membela kepentinga­n rakyat.

“Kita bukan bantah tapi minta pertimbang­an daripada PBT supaya melihat pada keadaan pengundi kita yang memerlukan “pertimbang­an politik” supaya jangan susahkan penghidupa­n mereka,” katanya.

Yusof menjelaska­n program penempatan semula setinggan sudah berulangka­li dibahas di Dewan dan pelaksanaa­nnya memerlukan masa melalui penempatan semula warganegar­a di kawasan setinggan ke suatu tempat yang menjamin keselesaan rakyat terlibat.

Difahamkan satu projek penempatan semula sedang dalam proses untuk dibina yang apabila siap kelak boleh menampung lebih kurang 500 penduduk.

 ??  ?? YUSOF (kanan) ketika ditemui.
YUSOF (kanan) ketika ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia