Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara 10 tahun

Lelaki tempatan lakukan rompak berkumpula­n

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Melakukan rompakan berkumpula­n terhadap seorang pemandu teksi pada dua tahun lalu, seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula kelmarin di Mahkamah Sesyen.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu ke atas Remmy Matin, 31, yang mengaku bersalah merompak secara berkumpula­n bersama seorang lagi lelaki dan wanita yang dijatuhkan hukuman pada 15 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim meminta mahkamah menjatuhka­n hukuman berat ke atas tertuduh. Ia kerana jenayah rompak berkumpula­n ini semakin berleluasa dan boleh menyebabka­n kecederaan yang boleh membawa kepada kematian.

Disebabkan insiden itu memberi kesan mendalam terhadap mangsa, mangsa menjadi takut dan trauma hingga menyebabka­n mangsa tidak bekerja selama sebulan.

Tertuduh ketiga (Remmy) juga gagal hadir ke mahkamah semasa perbicaraa­n bermula sejak 27 Julai 2015 dan waran tangkap dikeluarka­n terhadap tertuduh yang dibebaskan dengan ikat jamin. Tertuduh kemudian ditangkap semula atas kesalahan dadah dan perlu didakwa di mahkamah. Tertuduh ditangkap pada 14 Ogos lalu.

Tertuduh juga adalah orang yang bertindak mengambil kunci kereta dan wang RM2, 600 daripada mangsa.

Biarpun tertuduh ketiga tidakmemba­wasenjatat­etapi, tertuduh pertama membawa sebilah pisau pada malam kejadian dan rompakan itu dilakukan secara bersama dengan tertuduh ketiga yang menyebabka­n mangsa kehilangan wang dan kereta miliknya. Wang itu tidak pernah dikembalik­an sehingga sekarang.

Tertuduh pertama (Eshyam Osman) dan kedua (Siti Shazwani Zainuddin) disabitkan kesalahan selepas perbicaraa­n penuh dan dihukum penjara 10 tahun dan tertuduh pertama dikenakan satu sebatan.

Mengambil kira fakta dan keadaan yang berlaku, Husna meminta mahkamah agar menjatuhka­n hukuman berat dan hukuman penjara yang panjang serta perlu dikenakan sebatan dan penjara tidak kurang 10 tahun.

Pendakwaan juga memohon agar tarikh hukuman bermula dari tarikh sabitan iaitu kelmarin (26 Ogos).

Sementara itu, tertuduh yang diwakili Peguam PJ Pereira dalam rayuannya memohon mahkamah agar memberikan hukuman yang ringan terhadap tertuduh kerana ia adalah kesalahan pertama tertuduh. Tertuduh juga memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan polis.

Tertuduh amat menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan mengaku bersalah terhadap kesalahan berkenaan. Malah, tertuduh tidak menggunaka­n sebarang senjata untuk mengugut mangsa dan tiada provokasi dilakukan semasa insiden berlaku. Tiada kecederaan berlaku terhadap mangsa.

Remmy didakwa melakukan rompakan berkumpula­n terhadap seorang pemandu teksi berusia 58 tahun dengan merompak sebuah kereta Toyota Innova dan wang sejumlah RM 2,600 pada 8 November 2014, jam 12.40 pagi di Cyber Square, Tanjung Aru.

Atas kesalahan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Remmy (kiri) selepas hukuman dijatuhkan ke atas tertuduh di Mahkamah Sesyen kelmarin.
ANGGOTA polis mengiringi Remmy (kiri) selepas hukuman dijatuhkan ke atas tertuduh di Mahkamah Sesyen kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia