Utusan Borneo (Sabah)

Seorang lelaki dipenjara 18 bulan, simpan motosikal curi

-

KOTA KINABALU: Mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan harta curi, seorang lelaki berusia 27 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM2, 000 di Mahkamah Majistret, di sini kelmarin.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu ke atas Rayner Alex yang didakwa menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal.

Rayner didakwa menyimpan harta curi iaitu motosikal jenama EX5 pada 21 Ogos, jam 4.10 petang di Blok B, Seri Warisan.

Dengan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, pada 20 Ogos, jam 6.10 pagi, motosikal syarikat yang diletakkan atas nama pengadu yang disimpan di stor kedai di Damai Plaza Phase 4 didapati hilang ketika stor berada dalam keadaan berkunci.

Seorang pekerja (tertuduh) tidak datang kerja pada keesokan harinya dan hasil siasatan, motosikal berkenaan ada dengan tertuduh.

Mahkamah turut memerintah­kan motosikal berkenaan dikembalik­an kepada pemiliknya.

Kes berkenaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor P.Nathan.

Dalam kes berasingan, majistret menolak permohonan ikat jamin bagi seorang buruh berusia 27 yang didakwa memandu secara melulu hingga menyebabka­n kemalangan dan kematian seorang wanita mengandung pada Julai lalu.

Cindy menolak permohonan ikat jamin terhadap Binji Daih yang dikemukaka­n melalui Peguamnya, Luke Ressa Balang.

Dengan itu, tarikh perbicaraa­n tertuduh dikekalkan pada 26- 27 September ini.

Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hanif Mamyudi menolak permohonan ikat jamin itu kerana tertuduh sebelum ini mempunyai tujuh samantrafi­kdenganmel­ibatkan satu waran tangkap.

Binji Daih semasa sebutan kes sebelum ini mengaku tidak bersalah memandu kenderaan pacuan empat roda secara melulu pada 16 Julai, jam 11.10 pagi di Jalan Kokol sehingga menyebabka­n kemalangan dan melibatkan kematian kepada pemandu sebuah kenderaan Perodua Kelisa, Suzanne Darlyn Kula @ Anne.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun, dan denda tidak kurang RM 5,000 dan tidak lebih RM 20, 000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia