Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa memiliki MyKad orang lain, MyKad palsu

- Oleh ABDUL RAZAK DATU LAJABITI (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes membabitka­n dua lelaki yang didakwa memiliki kad pengenalan orang lain dan memiliki kad pengenalan palsu.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh berkenaan terhadap Kimhar Jul, 32, dan Rashid Said, 61, selepas kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesalahan masing-masing.

Kimhar didakwa memiliki kad pengenalan milik seorang lelaki ketika anggota polis memeriksa dokumen pengenalan dirinya pada 22 Ogos, jam 12.50 pagi di Balai Polis Tanjung Aru.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam mewakili tertuduh Goldam Hamit merayu agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin kerana isteri tertuduh adalah pemegang MyPR (Pemastauti­n tetap) dan keempatemp­at anak tertuduh mempunyai surat beranak.

Bagaimanap­un, tiada ikat jamin ditawarkan bagi kesalahan berkenaan.

Sementara Rashid didakwa memiliki kad pengenalan palsu semasa anggota polis memeriksa dokumen pengenalan dirinya pada 18 Julai, jam 10.50 pagi di Jalan Pintas Penampang.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia