Utusan Borneo (Sabah)

HWKK disaran dijadikan tempat tingkatkan kemahiran

- Oleh JAIDIN SABUDIN (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Pakar bedah yang berminat dengan pediatrik neurosurge­ri disaran meluangkan lebih banyak masa di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) bagi meningkatk­an lagi kepakaran dan kemahiran sedia ada.

Ketua Unit Neurosurge­ri Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) Datuk Dr. Pulivendha­n Sellamuthu berkata, walaupun pelbagai pengetahua­n diperoleh oleh pakar semasa menjalani latihan dan bekerja selama bertahunta­hun, namun masih banyak perkara yang tidak dapat fahami terutama apabila ia melibatkan otak manusia.

Daya tahan otak manusia terutama bayi atau kanak-kanak ada kalanya cepat sembuh dan mudah untuk sakit.

Oleh itu, beliau menyaranka­n pakar bedah neuro menjadikan HWKK sebagai tempat untuk menambahba­ik kemahiran mereka dalam mengendali­kan pesakit kanakkanak.

“Kami percaya setiap kanak-kanak mempunyai potensi bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan. Kami sentiasa cuba yang terbaik dalam memberi rawatan terhadap kanakkanak yang mengalami kecederaan di kepala dan brain lesion.

“Beberapa tahun kebelakang­an ini, kami memahami bahawa sel saraf ( neuronal plasticity) lebih mudah memberi maklum balas jika ada bantuan alat muzik terutama bagi pesakit yang mengalami trauma,” katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Saintifik ke-16 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Neurosurge­ri Malaysia (NAM).

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Beliau berkata, memandangk­an masih banyak ruang yang boleh dibincangk­an tentang penyakit berkaitan kanak- kanak, maka pediatrik neurosurge­ri adalah bidang yang perlu diberi perhatian.

Pulivendha­n juga berharap agar persidanga­n sebegitu akan membantu menambah pengetahua­n tetapi juga membolehka­n semua peserta bertukar pandangan mengenai cabaran yang dihadapi dalam bidang ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr. William Gotulis dan Presiden NAM Datuk Dr. Mohd Saffari Mohd Haspani.

 ??  ?? ANGGOTA JPAM berjumpa dengan salah seorang penduduk di Pekan Kundasang.
ANGGOTA JPAM berjumpa dengan salah seorang penduduk di Pekan Kundasang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia