Utusan Borneo (Sabah)

270 hadiri Sambutan Hari Raya KRT Bukau

-

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Gabungan Kampung Bukau mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 Peringkat KRT Kampung Bukau yang dihadiri seramai lebih kurang 270 orang penduduk.

Pengerusi KRT Kg. Bukau Johari Jamari berkata majlis sambutan ini sengaja dianjurkan secara sederhana dan santai sebagai satu usaha menceriaka­n dan mengeratka­n hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat namun dengan cara perbelanja­an berhemah, sesuai dengan saranan kerajaan dan keadaan ekonomi semasa pada masa kini.

Sementara itu, Pegawai Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah Marhadi M. Ardin. Marhadi dalam ucapannya berkata langkah KRT Kg. Bukau menganjurk­an Majlis Sambutan Hari Raya dengan perbelanja­an yang berhemah ini adalah sangat wajar dicontohi oleh KRTyang lain.

“Ini kerana ia adalah satu cara yang dapat menjadikan KRT sebuah organisasi yang mampu mengadakan program dengan lebih banyak lagi.

“Pengurusan kewangan yang baik sudah tentunya akan membolehka­n KRT untuk terus merancang program yang lebih banyak dan pelbagai pada masa hadapan.

“KRT Kg. Bukau membuktika­n bahawa walaupun majlis ini diadakan secara sederhana, namun jumlah masyarakat yang hadir adalah ramai,” katanya.

Ini katanya membuktika­n program itu disenangi masyarakat dan perlu dirancang sebaik-baiknya oleh KRT.

Majlis Sambutan Hari Raya ini diisi dengan persembaha­n Silat Jiran Wanita KRT Kg. Bukau, penyampaia­n Sijil Penotisan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Kg. Bukau, pemakaian vest kepada Ketua-Ketua SRS KRT Kg. Bukau, persembaha­n karaoke Hari Raya, cabutan tiket pengunjung bertuah dan juga Majlis Jamuan dan Ramah Mesra Aidilfitri.

Turut hadir sama pada program berkenaan ialah Pegawai Penerangan Umno Bahagian Sipitang Mat Bali Haji Musa, Ketua Kg. Bukau KK Majid Simbang, Pengerusi JKKK Kg. Bukau, para pemimpin tempatan Kg. Bukau dan seluruh AJK KRT dan SRS Kg. Bukau.

 ??  ?? MARHADI (depan, sembilan dari kanan) bergambar kenangan bersama AJKRT, AJKSRS dan AJKJW KRT Kg. Bukau.
MARHADI (depan, sembilan dari kanan) bergambar kenangan bersama AJKRT, AJKSRS dan AJKJW KRT Kg. Bukau.
 ??  ?? MARHADI (kanan) menerima cenderahat­i daripada Johari (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Mat Bali (kiri).
MARHADI (kanan) menerima cenderahat­i daripada Johari (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Mat Bali (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia