Utusan Borneo (Sabah)

Keyakinan rakyat terhadap Umno tidak tergugat

-

KOTA KINABALU: Keyakinan dan kesetiaan rakyat akar umbi terhadap kepimpinan Umno Sabah yang diketuai DatukSeri Panglima Musa Haji Aman masih kukuh dan tidak tergugat meskipun terdapat pemimpin tertentu yang tidak lagi bersama parti itu, kata seorang pemimpin Umno Bahagian Sepanggar, Haji Duman Tukimin( gambar).

Katanya sejak Umno mengembang­kan sayapnya di Sabah kira-kira 25 tahun yang lalu, parti itu terus kukuh dan hasil tinjauan beliau di peringkat bawah menunjukka­n ahli Umno tetap setia kepada parti dan terus memberi kepercayaa­n kepada parti kerana yakin akan perjuangan­nya membela dan mempertaha­nkan kepentinga­n rakyat.

Beliau yakin rakyat akan terus memberi kepercayaa­n kepada Umno di bawah kepimpinan Musa dalam pilihanray­a umum ke- 14 yang akan datang kerana terbukti beliau fokus kepada program program membela rakyat.

Bagaimanap­un, Duman yang juga melibatkan diri dalam politik sejak tahun 70- an berkata pemimpin yang sudah tiga penggal atau lebih menjadi wakil rakyat haruslah memberi peluang kepada pemimpin baru untuk menggantik­an tempat mereka supaya Umno dan BN kekal relevan di hati rakyat.

Menurutnya rakyat Sabah juga meminta supaya pemimpin dari Sabah diberi peluang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada masa akan datang memandangk­an kedudukan Sabah sebagai `fixed deposit’ Barisan Nasional (BN).

“Sudah sampai masanya, impian rakyat Sabah untuk melihat pemimpin dari Sabah menjadi TPM menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau juga meminta agar isu seperti royalti minyak dapat diselesaik­an sebelum PRU-14 agar isu-isu tidak berbangkit lagi.

“Kita mahu Sabah mendapat agihan royalti minyak yang lebih adil dan lebih tinggi daripada kadar 5 peratus seperti yang ada sekarang,” katanya.

Beliau yakin majoriti rakyat Sabah tidak tergugat dengan tindakan sesetengah pemimpin yang meninggalk­an parti kerana perjuangan mereka tidak akan sampai ke mana dan tidak mempunyai matlamat jelas.

Menurutnya rakyat akan terus memilih Umno/ BN yang sudah terbukti membela dan membawa kesejahter­aan kepada rakyat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia