Utusan Borneo (Sabah)

Rayu laluan ke pejabat kerajaan dikembalik­an

Harapan pengusaha bas Sandakan kepada LPKP

-

SANDAKAN: Persatuan Pengusaha Bas Mini Daerah Sandakan merayu pihak berkuasa khususnya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) agar membenarka­n semula perkhidmat­an menurun dan mengambil penumpang di jalan laluan Pejabat Persekutua­n dan Urusetia Negeri yang dimansuhka­n hampir sebulan lalu.

Pengerusin­ya Harun Haji Imam Ramli berkata, laluan itu wajar dibuka semula bagi memudahkan orang ramai, khususnya ibu mengandung, orang tua dan kanak-kanak serta kalangan OKU yang berurusan di hampir semua pejabat perkhidmat­an kerajaan negeri dan persekutua­n, diikuti Klinik Ibu Mengandung yang jaraknya lebih 1km dari jalan utama di situ.

“Kami menghormat­i keputusan LPKP ini dengan menegaskan tindakan menutup laluan itu adalah ekoran kesesakan laluan itu yang turut menyukarka­n pegawai- pegawai kerajaan berkhidmat di situ.

“Tetapi kami juga berpendapa­t ia bukan berpunca semata-mata dari perkhidmat­an bas-bas mini melibatkan Taman Merpati, Kg. Tinusa dan Batu Putih yang pernah mendapat kelonggara­n menggunaka­n laluan sehala itu.

“Tetapi pastinya berpunca dari kenderaan awam dan pengangkut­an awam lain yang tidak wajar melalui kawasan itu yang datangnya dari arah Jalan Labuk,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini kelmarin.

Harun menegaskan, perjalanan berjadual dan mengambil masa memasuki kampung seperti Tinusa, TamanMerpa­tidanBatuP­utih dari arah Bandar Sandakan dan sebaliknya tidak akan menyebabka­n kesesakan di laluan itu walaupun terdapat lebih 30 buah bas menurun dan mengambil penumpang di kawasan itu setiap hari.

Katanya, bagi 500 ahli persatuan itu, soal punca dan kesan dari kesesakan itu bukan seharusnya dipulangka­n kepada kesan perkhdimat­an bas terlibat, tetapi kegagalan pihak berkuasa menjalanka­n tanggungja­wab mengawal kelancaran laluan di situ.

“Bagi mengelakka­n kesesakan ini, pihak polis trafik boleh berkawal di sini pada waktu-waktu puncak. Tetapi tidak menafikan peranan kami yang turut mengutamak­an soal keselamata­n dan kesejahter­aan masyarakat pengguna menggunaka­n laluan ini.

“Ia sekaligus mengambark­an kecekapan kami memberi khidmat di setiap pelusuk laluan perhubunga­n penting di daerah ini,” katanya.

Lebih-lebih lagi katanya, kerajaan sejak sekian lama belum membina kemudahan jejantas di jalan utama itu.

Katanya, namun yang mengecewak­an ahli- ahli persatuan itu, ada pihak berkuasa mendakwa bahawa perhentian bas yang diwujudkan di tengahteng­ah Bangunan Urusetia dan Persekutua­n itu sebagai ‘perhentian bas haram’.

“Kami dalam persatuan ini juga hairan kenapa dakwaan itu. Sedangkan kebenaran membina kemudahan itu pastinya mendapat kelulusan banyak pihak termasuk pihak berkuasa tempatan yang mahu melihat kesejahter­aan sistem pengangkut­an awam di daerah ini.

Apa yang lebih penting katanya, laluan itu akan dapat dibuka semula demi kebaikan dan permintaan orang ramai dan misi pengangkut­an yang ‘mesra rakyat’, sebagai agenda utama persatuan ini.

“Persatuan ini juga sedia untuk dipanggil bagi mengadakan dialog dengan pihak berkuasa LPKP dan mana-mana pihak.

“Selagi tidak diberi layanan baik, kami akan terus merayu termasukla­h melibatkan peranan dan tanggungja­wab wakil- wakil rakyat di kawasan terlibat,” katanya yang menegaskan sebahagian besar ahli- ahli persatuan itu adalah penyokong kuat kerajaan BN di Libaran.

 ??  ?? AHLI-Ahli Persatuan Pengusaha Bas Daerah Sandakan bergambar ramai tanda rayuan kepada pihak berkuasa.
AHLI-Ahli Persatuan Pengusaha Bas Daerah Sandakan bergambar ramai tanda rayuan kepada pihak berkuasa.
 ??  ?? HARUN
HARUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia