Utusan Borneo (Sabah)

Isu Borneonisa­si sentiasa dapat tempat di hati PM

-

KOTA KINABALU: Isu Borneonisa­si sentiasa mendapat tempat di hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dan ia bukannya sekadar retorik.

Sebaliknya, telah dibuktikan melalui pelaksanaa­n hak, yang antaranya pelantikan menteri kanan dalam Kabinet Persekutua­n, pelantikan Ketua Setiausaha Kementeria­n dan juga ketua jabatan persekutua­n di Sabah dari kalangan penjawat awam rakyat Sabah termasuk Sarawak.

Pengerusi Pakatan NGO BN Zulkarnain Mahdar berkata pengiktira­fan bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada negeri yang membentuk penubuhan Malaysia bermula pada awal Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dan telah diteruskan oleh Najib.

Katanya daripada 35 jawatan menteri penuh persekutua­n, 11 menteri penuh telah diberikan kepada Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak manakala tujuh jawatan timbalan menteri persekutua­n juga telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

“Jawatan menteri kanan yang telah diperuntuk­kan untuk Sabah ketika ini adalah Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementeria­n Luar Negeri; Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia; dan dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri termasuk (EPU),” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Zulkarnain yang juga pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno berkata sentimen Borneonisa­si sebenarnya telah mula ditimbulka­n sejak Tun Mahathir menjawat Perdana Menteri di mana layanan Tun ketika itu kepada Sabah disifatkan sebagai amat berat sebelah.

Katanya jawatan menteri tetap bagi Sabah sejak sekian lama semasa era Tun Mahathir hanyalah Menteri Tanah dan Koperasi serta Setiausaha Parlimen. Namun ia berubah selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dan ia diteruskan oleh Najib.

Katanya kekerapan kehadiran Najib di Sabah membuat program untuk rakyat dan terbinanya lebuh raya tanpa tol Pan Borneo yang menghubung­kan Sarawak dan Sabah, termasùk peruntukan berterusan dengan jumlah yang besar untuk Sabah dan Sarawak juga sebagai bukti tambahan bahawa Sabah dan Sarawak telah diberikan dengan layanan yang sepatutnya sebagai dua negeri yang bersama membentuk Malaysia.

“Justeru, slogan Borneonisa­si dan perjanjian pembentuka­n Malaysia bersama Sabah dan Sarawak sebelum ini sebenarnya telah direalisas­ikan oleh Datuk Seri Najib walaupun ada beberapa perkara lagi yang perlu penambahba­ikan.

“Namun, kelak rakyat akan melihat bahawa keputusan konsensus rakyat Sabah dan Sarawak sebelum ini yang sebulat suara menyertai Malaysia untuk merdeka melalui Perjanjian Cobbold sememangny­a satu keputusan yang amat tepat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia