Utusan Borneo (Sabah)

UPPM Inanam nafi khabar angin

Tiada Pengerusi JKKK, Ketua Kampung dipecat

- Oleh JOHN TAMBANAN

INANAM: Khabar angin yang menyatakan bahawa terdapat beberapa orang Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung di daerah Inanam yang kononnya telah dipecat oleh Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Inanam adalah tidak benar dan berniat jahat untuk memburukbu­rukkan kepimpinan UPPM Inanam.

Menurut Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat ( PPM) Inanam Fedolin Totin Bangon, terdapat individu-individu tertentu yang telah menyebarka­n cerita tidak benar berkaitan pemecatan ini sehingga menimbulka­n keresahan di kalangan pengerusi JKKK dan ketua kampung.

“Ada, di antara mereka yang telah menghubung­i saya untuk mendapatka­n cerita yang sebenar,” katanya ketika ditemui selepas Program Perasmian Penutupan Program Pengurusan dan Pementapan Organisasi anjuran UPPM Inanam dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan yang diadakan di Hotel Puri, Inanam pada selasa.

Fedolin berkata, semenjak beliau dilantik sebagai PPM, pihaknya belum pernah membuat pemecatan melibatkan pengerusi JKKK dan ketua-ketua kampung di kawasan Inanam malah beliau sentiasa ingin mendapatka­n pendapat daripada pelbagai pihak jika terdapat pelantikan pengerusi JKKK dan juga ketua kampung.

Sementara itu, Fredolin turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan amat baik daripada pengerusi JKKK, ketua kampung dan JKDB di kawasan Inanam yang turut serta mengambil bahagian dalam program ini bagi tujuan menimba ilmu terutama ketika menjalanka­n tugastugas berkaitan pengurusan dan pembanguna­n sesuatu kampung.

Beliau, yang juga Ketua Bahagian PBS Inanam, turut menasihati pengerusi JKKK dan ketua kampung agar menunjukka­n sikap amanah dan bertanggun­gjawab ketika menjalanka­n tugas serta tidak memilih bulu ketika memberi bantuan walaupun ahlinya berbeza fahaman politik.

Beliau berharap, agar pengerusi JKKK, ketua kampung dan JKDB dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau selaku PPM supaya segala perancanga­n dan pembanguna­n sesuatu kampung yang telah dirancangk­an dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Mengulas tentang permintaan daripada Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah ( PBRS) Bahagian Inanam dalam usul mesyuarat agung tahunan parti itu baru-baru ini yang mahu ahli- ahli PBRS di Inanam diberi jawatan di peringkat kampung seperti pengerusi JKKK dan ketua kampung, beliau menjelaska­n bahawa pihak UPPM sentiasa menerima permohonan jika individu yang mahu dilantik itu mendapat sokongan majoriti daripada penduduk kampung yang terlibat.

Katanya, penyandang jawatan-jawatan di peringkat kampung yang ada sekarang di Inanam bukanlah dimonopoli oleh satu parti sahaja tetapi terdapat juga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Turut hadir ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat ( PKM) Inanam, Lukin Teliban dan Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah, Zon Pantai Barat Selatan, Hanafiah Diman.

 ??  ?? FREDOLIN menyampaik­an sijil penyertaan peserta kepada Lukin Taliban (dua dari kiri).
FREDOLIN menyampaik­an sijil penyertaan peserta kepada Lukin Taliban (dua dari kiri).
 ??  ?? FREDOLIN (tiga dari kiri) bergambar bersama pengerusi-pengerusi JKKK, ketua-ketua kampung dan pengerusi JKDB selepas program itu selesai.
FREDOLIN (tiga dari kiri) bergambar bersama pengerusi-pengerusi JKKK, ketua-ketua kampung dan pengerusi JKDB selepas program itu selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia