Utusan Borneo (Sabah)

Rangkaian pasar raya bantu tarik pelancong

-

KUCHING: Kehadiran pasar raya dari Semenanjun­g Malaysia ke negeri ini memperluas­kan lagi pilihan masyarakat tempatan, yang kini mengalami populasi semakin meningkat terutama di bandar raya Kuching.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, rangkaian pasar raya juga menawarkan pilihan kepada pelawat atau pelancong yang datang ke Sarawak.

“Sehingga kini di bandar raya Kuching sahaja populasiny­a sudah mencapai 800,000 orang tidak termasuk Samarahan, jika termasuk ia mencapai satu juta populasi.

“Maka itu pasar raya terutama yang menawarkan produk runcit pastinya membuka peluang kepada masyarakat setempat dan pelawat yang datang untuk memilih barangan tanpa perlu pergi ke Semenanjun­g,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n Memorandum Persefaham­an antara Kenbest Sdn Bhd, iaitu pemaju hartanah bagi pusat beli-belah CityONE dan Maydin Mohamed Berhad yang masingmasi­ng diwakili Pengarah Kenbest Stephen Long serta Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Murad Mydin di CityONE, pada Khamis.

Menurut Abang Johari yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, langkah Mydin memilih CityONE adalah satu pilihan tepat kerana lokasinya yang tepat dan memberi pilihan kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar raya Kuching Selatan.

“Dengan pengalaman lama Mydin dalam perniagaan dan pasar raya terkenal di negara ini, Kuching bertuah sebagai pilihan lokasi. Kita maklum bahawa Mydin kini mempunyai 21 pasar raya di seluruh negara,” tegasnya.

Abang Johari pada masa yang sama turut memberitah­u bahawa selain menyediaka­n kemudahan kepada klien, pihak pusat belibelah juga harus memberi keutamaan dari segi perkhidmat­an dan kualiti mereka untuk menarik pengunjung datang.

“Saya pecaya Mydin mempunyai masa depan cerah di negeri ini terutama di bandar raya Kuching kerana menawarkan rangkaian produk yang mampu kepada semua orang,” katanya.

Mydin Mohamed Holding Bhd melabur kira-kira RM500 juta bagi lima projek outlet pasar rayanya tahun ini dengan tiga daripadany­a adalah di bandar raya Kuching.

Ketua Arkitek Mydin Hiew Hong Keat berkata, di bandar raya Kuching tiga outletnya adalah di Samariang, Vista Tunku di Petra Jaya dan CityONE.

“Bagi outlet Samariang kami melaburkan kira- kira RM70 juta, diikuti di CityONE dengan pelaburan RM25 juta sementara di Vista Tunku dengan kos pelaburan RM166 juta.

“Untuk perancanga­n masa depan, Mydin menumpukan tiga bandar lain di Sarawak, iaitu Sibu, Miri dan Bintulu. Namun kami perlu mengukuhka­n lagi perniagaan di Kuching sebelum memperluas­kannya,” katanya.

Sementara itu Stephen dalam ucapannya berkata, mereka amat bangga kerana dapat membawa Mydin terutama kepada masyarakat di sekitar bandar raya Kuching Selatan.

“Dengan ini kami dengan bangganya mengumumka­n Mydin akan beroperasi di CityONE dengan keluasan 9,000 kaki persegi dan dijangka beroperasi pada Disember ini.

“Bukan itu sahaja, dengan beroperasi­nya pasar raya ini nanti, ia akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” kata Stephen.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) menyaksika­n simbolik MoU antara kedua-dua pihak semasa majlis MoU di Kuching.
ABANG Johari (tengah) menyaksika­n simbolik MoU antara kedua-dua pihak semasa majlis MoU di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia