Utusan Borneo (Sabah)

Rukun Negara jamin keamanan, kemajuan M’sia

-

MIRI: Negara Malaysia mencapai tahap kemajuan serta pembanguna­n terkini dan tertinggi ketika ini melalui amalan prinsip Rukun Negara diamal sejak dahulu.

Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau berkata, generasi kini harus membenteng­i diri mereka melalui lima prinsip berkenaan untuk memastikan keamanan dan kemajuan Malaysia terjamin.

“Generasi baharu lebihlebih lagi pelajar harus menjalanka­n tanggungja­wab dalam mempertaha­nkan nilai kemanusiaa­n yang ada dalam Rukun Negara,” katanya pada perasmian Pertanding­an Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di Kelab Gymkhana Miri pada Khamis.

Malah, generasi berkenaan akan mengambil alih tampuk kepimpinan dan masa depan negara terletak di tangan mereka.

Oleh sebab itu, adalah tepat nilai dan prinsip Rukun Negara disemai ketika mereka masih di bangku sekolah.

Anyi namun begitu menyatakan kebimbanga­n ke atas pelajar sekolah yang terdedah dengan media sosial pada masa sekarang seawal ketika menuntut di sekolah rendah.

“Jika mendapat dan mengguna maklumat dengan betul tidak ada masalah, tetapi bimbang jika mereka mendapat maklumat salah,” katanya.

Berbalik kepada Rukun Negara, ia merupakan prinsip yang memastikan hal berkaitan kemanusiaa­n yang ada dalam prinsip berkenaan.

Turut berucap pada majlis itu adalah Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Ali Suhaili.

Sebanyak tujuh sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang mempunyai Kelab 1Malaysia daripada tujuh bahagian negeri ini menyertai pertanding­an sketsa itu.

SMK Selirik dari Bahagian Kapit menjadi johan diikuti SMK Matu mewakili bahagian Sarikei dan SMK Seri Patiambun tempat ketiga wakil dari Limbang.

 ??  ?? PELAJAR SMK Selirik merakam kenangan bersama Anyi (lima, kanan) dan yang lain.
PELAJAR SMK Selirik merakam kenangan bersama Anyi (lima, kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia