Utusan Borneo (Sabah)

Konvoi Merdeka semarakkan semangat kemerdekaa­n

-

KUCHING: Menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, Pejabat Residen Bahagian Kuching akan mengadakan Konvoi Merdeka bagi menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n.

Konvoi tersebut akan berlangsun­g pada Sabtu ini, 27 Ogos bermula dari Kuching hingga ke Sematan melibatkan laluan sepanjang 179 kilometer (km).

Menurut Timbalan Residen ( Bahagian Sosial) Awang Yusup Awang Mostapha, konvoi ini akan disertai 43 buah kenderaan kerajaan negeri (SG) dan awam.

Sepanjang konvoi tersebut, peserta katanya akan singgah di beberapa lokasi iaitu Empangan Bengoh di Padawan, Tasik Biru (Bau), Pejabat Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan.

“Kita akan mula bergerak dari Bangunan Baitulmal, Kompleks Islam Sarawak pada jam 8 pagi menuju ke Taman Letak Kereta Periuk Kera (Pitcher Plant Car Park) di Batu 10, Kota Padawan sebelum bergerak ke Empangan Bengoh.

“Setiba di Empangan Bengoh, kita akan mendengar taklimat daripada Lembaga Air Kuching (LAK) sebelum bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Tasik Biru, Pejabat Daerah Lundu dan terakhir daerah kecil Sematan,” katanya pada taklimat di Pejabat Residen Bahagian Kuching di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, selain menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n, konvoi ini juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi untuk para peserta yang terlibat di samping menikmati alam semula jadi sepanjang laluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia