Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan seharusnya melahirkan pelajar kreatif

-

MIRI: Pendidikan bukan sekadar mendidik pelajar agar mampu menyelesai­kan masalah dan berfikiran kritis tetapi berupaya melahirkan pelajar kreatif.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, perjalanan memburu kecemerlan­gan dalam pendidikan sentiasa terbentang luas dan memerlukan usaha berterusan.

“Penguasaan ilmu pada masa kini amat penting dalam membantu kita terus maju ke hadapan sejajar dengan matlamat pendidikan serta aspirasi kerajaan melahirkan modal insan mempunyai pemikiran kelas pertama.

“Oleh itu, jangan persia-siakan setiap kesempatan dalam mencari ilmu kerana peluang sentiasa terbentang luas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarkawi Suhaili pada Majlis Restu Ilmu UPSR 2016 Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang Miri anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Bintang di Dewan Suarah Miri di sini pada Khamis.

Menurut Ahmad Lai, majlis anjuran kali kedua terbabit bertujuan memberi motivasi, perangsang dan ingatan agar murid mampu meningkatk­an kesediaan diri daripada aspek psikologi di samping intelek serta emosi bagi menghadapi peperiksaa­n.

“Persediaan mantap bukan hanya daripada aspek mental sahaja namun emosi juga tidak boleh dipandang ringan.

“Justeru, majlis seumpama ini penting untuk kita meningkatk­an semangat serta keyakinan murid khususnya restu, sokongan termasuk bimbingan daripada ibu bapa dan para guru,” ujarnya.

Jelas Ahmad Lai, berdasarka­n prestasi SK Jalan Bintang yang mencapai 33 murid memperoleh semua A dalam UPSR tahun lepas, beliau yakin sekolah berkenaan terus menggapai kecemerlan­gan tersebut dengan sokongan dan bimbingan berkenaan.

Dengan reputasi menduduki tangga keenam peringkat negeri Sarawak atas kecemerlan­gan UPSR itu katanya, sekolah tersebut memberi saingan baik kepada sekolah lain di Miri.

Tambah beliau, program terbabit juga merupakan satu inisiatif yang baik dalam menerapkan nilai-nilai menghormat­i dan menghargai jasa guru dan ibu bapa dalam diri murid.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Lai turut mengumumka­n peruntukan RM3,000 untuk kegunaan sekolah tersebut.

Sementara itu, majlis berkenaan disertai 171 murid Tahun Enam SK Jalan Bintang yang bakal menduduki UPSR pada 5 hingga 8 September depan.

Hadir sama ialah Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak Miri Selvaraj Grapragase­m, Guru Besar SK Jalan Bintang Ahmad Othman dan Naib Yang Dipertua PIBG SK Jalan Bintang Mohd Farez Samin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia