Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sasar ke separuh akhir

Kejohanan Tarik Tali Dalam Dewan Jemputan Asean Pattaya, Chonburi Thailand 2016

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTAKINABA­LU:Pasukan tarik tali Sabah bertekad buat pasukan lain merasai kehadiran mereka dirasai pada edisi sulung Kejohanan Tarik Tali Dalam Dewan Jemputan Asean Pattaya, Chonburi Thailand 2016 pada 1-5 September depan.

“Ini adalah penyertaan pertama kami dalam kejohanan besar seperti ini. Tentulah cabarannya besar kerana ia disertai pasukan- pasukan handalan.

“Kami difahamkan salah satu kuasa dunia acara tarik tali iaitu Chinese Taipei juga telah dijemput. Thailand juga pernah berada di ranking keempat dunia.

“Bagaimanap­un kami telah membuat persiapan terbaik yang mampu kami lakukan. Kami mahu kehadiran kami dirasai...kami mensasarka­n mara ke pusingan separuh akhir,” kata pengurus pasukan Rainold J Mokujin.

Rainold berkata demikian diketika ditemui semasa Majlis Penyerahan Bendera Negeri dan Malaysia kepada pasukan itu di Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah di Wisma Muis dekat sini kelmarin.

Menurutnya, Sabah juga akan membawa cabaran negara pada kejohanan itu kerana mereka adalah wakil tunggal dari negara ini yang telah dijemput menyertain­ya.

“Jika menang pada kejohanan ini kami bercadang untuk ke kejohanan lebih tinggi iaitu peringkat Asia selepas ini,” kata Rainold.

Pasukan itu akan diperkuatk­an 10 penarik yang terdiri dari Geinod Lojitin yang juga jurulatih, Anderson Martin @ Andy ( ketua pasukan), Mohd Asmawi Majingkin (penolong jurulatih), Alford Tokuyuk, Maron Majimal, Dearis Robert, Patrick Sunian, Muhammad Sah Affandi, Adam Danish Paul dan Alfonsos Ginsus.

Selain Rainold, pasukan juga akan diiringi pegawai KBS Sabah, Terrence Harman Manjaji.

 ??  ?? KAZA Musa (kiri) dan Franklin J (dua dari kiri) dari Team Karabaw serta Almamzo Cordova dan Charles Maikul dari Pro’Eve selaku penganjur Siok Bah Karnival telah melakukan kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Masiung...
KAZA Musa (kiri) dan Franklin J (dua dari kiri) dari Team Karabaw serta Almamzo Cordova dan Charles Maikul dari Pro’Eve selaku penganjur Siok Bah Karnival telah melakukan kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Masiung...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia