Utusan Borneo (Sabah)

West Ham tersingkir

Tewas kepada Astra Giurgiu dengan agregat 2-1

-

PARIS: Kelab Liga Perdana Inggeris West Ham United mengalami kekalahan mengejut kepada kelab dari Romania Astra Giurgiu kelmarin yang menyebabka­n mereka tersingkir dari Liga Europa dalam keadaan yang mirip dengan kempen pada musim lepas.

Pasukan Slaven Bilic menamatkan perlawanan dalam keadaan seimbang selepas keputusan seri 1-1 yang mengecewak­an seminggu lalu dan keputusan itu kembali untuk menghantui mereka apabila Astra menjaringk­an gol pendahulua­n sejurus sebelum waktu rehat menerusi Filipe Teixeira.

West Ham mempamerka­n pertahanan yang kendur apabila Daniel Niculae menjumpai Teixeira bebas dalam kotak penalti dan penyerang itu menolak bola melepasi Darren Randolph.

Ia memadai untuk memberikan kemenangan agregat 2- 1 kepada kelab Romania berkenaan, yang mirip kemenangan 4-3 Astra ke atas ‘ The Hammers’ pada peringkat yang sama dalam pertanding­an kelab kedua utama di Eropah pada musim lepas, satu tamparan hebat bagi penyokong West Ham yang mahu melihat lebih banyak permainan bola sepak peringkat Eropah di pangkalan baharu kelab Stadium Olimpik.

Dalam keputusan lain, kelab dari Perancis Saint-Etienne terpaksa bermain bertahan selama 45 minit terakhir di Stade Geoffroy- Guichard selepas penjaga gol Stephane Ruffier dibuang dari padang sejurus sebelum waktu rehat kerana menumbuk penyerang kelab Beitar Jerusalem, Itay Shechter.

Penyerang Israel itu bertembung dengan penjaga gol Perancis itu yang melakukan kekasaran yang kelihatan tulen untuk mendapatka­n bola dan Ruffier dari pasukan Les Verts sewajarnya dibuang dari padang di atas reaksinya.

Walaupun menerima kad merah itu, pasukan Christophe Galtier sebenarnya tidak pernah menerima ancaman dan bertahan untuk mencapai keputusan 0- 0 dan mara ke peringkat kumpulan dalam Liga Europa selepas kemenangan 2-1 di Israel.

Kelab dari Itali, Sassuolo, yang menamatkan cabaran di tempat keenam dalam Serie A pada tahun lepas, layak buat pertama kali dalam sejarah mereka untuk pertanding­an di Eropah ekoran keputusan seri 1- 1 yang hambar dengan kelab dari Serbia, Crvena Zvezda. Kelab Itali itu bermain dengan lebih bersungguh-sungguh pada minggu lepas dan menang 3-0 di stadium sendiri.

Kelab dari Belgium Anderlecht merupakan sebuah lagi pasukan berprofil tinggi yang mara ke pusingan seterusnya setelah mereka menyingkir­kan Salvia Prague 3- 0 untuk melengkapk­an kemenangan agregat 6-0.

Kelab dari Greece Panathinai­kos turut mara ke peringkat kumpulan pertanding­an selepas seri 11 dengan kelab dari Denmark Brondby. Kelab Greek itu menang 3-0 dalam perlawanan pusingan pertama untuk memberikan kemenangan agregat 4-1.

Kelab dari Turki Fenerbahce sudah tentu mara ke peringkat kumpulan selepas mereka mengatasi kelab Swiss, Grasshoppe­rs. Kelab Turki itu menjaringk­an dua gol di separuh masa kedua menerusi Fernandao dan Miloslav Stoch untuk menjamin kelayakan.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN West Ham Winston Reid (kiri), cuba mengasak penjaga gol Astra Giurgiu Silviu Lung sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan di stadium Olimpik di London. - Reuters
PEMAIN West Ham Winston Reid (kiri), cuba mengasak penjaga gol Astra Giurgiu Silviu Lung sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan di stadium Olimpik di London. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia