Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo dinobat Pemain Terbaik UEFA di Eropah

-

MONACO: Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo memenangi Anugerah Pemain Terbaik UEFA di Eropah kelmarin selepas dia memenangi kedua-dua Liga Juara- Juara pada musim lepas dan Euro 2016 bersama Portugal.

Ronaldo, 31 tahun, menerima anugerah itu buat kali kedua dalam kariernya selepas dia menewaskan rakan sepasukan di Real Madrid Gareth Bale dan pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

“Saya sudah tentulah sangat gembira untuk menerima anugerah ini, musim ini adalah musim yang menakjubka­n. Namun dua pemain yang lain ini juga berhak untuk menerimany­a,” kata Ronaldo yang turut memenangi anugerah itu pada 2013-14.

Ronaldo menjaringk­an tendangan penalti kemenangan ketika Real memenangi kejuaraan Piala Eropah ke- 11, dengan menewaskan seteru tetangga Atletico dalam penentuan tendangan penalti pada Mei lalu, sebelum dia memimpin negaranya untuk menikmati kejayaan di Euro 2016.

Ronaldo menjaringk­an tiga gol dalam perjalanan ke peringkat akhir kejohanan untuk menandingi rekod sembilan gol jaringan Michel Platini dari Perancis dalam kejohanan akhir Kejohanan Eropah.

Anugerah itu diundi oleh wartawan dari setiap daripada 55 persatuan yang menganggot­ai UEFA.

Penyerang Norway Ada Hegerberg memenangi anugerah wanita, di hadapan pemain Perancis Amandine Henry dan Dzsenifer Marozsan dari Jerman, selepas dia membantu Lyon menjulang piala Liga JuaraJuara Wanita selain kejuaraan berganda, piala dan liga Perancis.

 ??  ?? RONALDO bergambar bersama trofi Pemain Terbaik UEFA di Eropah yang dimenangin­ya. - AFP
RONALDO bergambar bersama trofi Pemain Terbaik UEFA di Eropah yang dimenangin­ya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia