Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian transforma­si Nazri faktor pemilihan semula pengerusi PPNS

- Oleh HENRY BATING

KOTA KINABALU: Pemilihan semula Datuk Mohd Nazri Abdullah sebagai pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) tanpa bertanding menunjukka­n kepimpinan dan pengalaman beliau diperlukan oleh golongan peladang di negeri ini.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) Tenom OKK David Jani berkata kepimpinan Nazri selama ini telah mengangkat martabat masyarakat peladang sejak menerajui PPNS 20 tahun lalu sekali gus mengangkat Nazri sebagai Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

“Banyak kemajuan dan perubahan yang dicapai hasil transforma­si yang dijalankan untuk meningkatk­an daya pengeluara­n dan mengangkat taraf hidup peladang di negeri ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan PPNS Ke-29, di sini, kelmarin.

Sejumlah 26 kawasan PPK dari seluruh Sabah menghantar perwakilan ke mesyuarat agung tahunan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu lepas.

Dalam mesyuarat agung itu juga, Nazri dicalonkan semula untuk menganggot­ai jemaah pengarah peringkat kebangsaan yang dijangka memanggil mesyuarat agung Oktober depan di Kuala Lumpur.

Dalam pemilihan itu, Nazri yang tidak dicabar oleh manamana calon memperoleh sokongan padu daripada para perwakilan dengan mendahului undian terbanyak barisan calon ahli jemaah pengarah.

Ahli jemaah pengarah lain yang turut menang semula ialah Datuk George Sangkin, Mohamed Noor Bacho, Haji Abdul Rahman Hj Kasim, Haji Abdul Rahim Hj Oting, Ng Loi Teck, Hj Hamidin Hj Radin dan Jamawi Jaafar, manakala muka baru Datuk Haji Jaimin Hj Samitah dari PPK Kinabalu, Ranau.

 ??  ?? BARISAN jemaah pengarah yang baru dipilih.
BARISAN jemaah pengarah yang baru dipilih.
 ??  ?? NAZRI (empat kanan) bersama delegasi PPK Tenom.
NAZRI (empat kanan) bersama delegasi PPK Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia