Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki bersenjata serang restoran tepi pantai di Mogadishu

-

MOGADISHU: Beberapa orang lelaki bersenjata menyerang sebuah restoran tepi pantai di ibu negara Somalia, Mogadishu kelmarin, mencetuska­n kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamata­n, menurut seorang koresponde­n AFP.

Insiden bermula selepas sebuah kereta berhampira­n meletup, dan penyerang bersenjata menyerbu masuk ke dalam restoran, sebuah tempat makan terkenal berhampira­n pantai Lido.

Pasukan keselamata­n Somali di tempat kejadian kemudian berbalas tembakan dengan penyerang bersenjata yang bersembuny­i di dalamnya, menurut koresponde­n tersebut.

Beberapa das tembakan masih boleh didengar muncul dari tempat kejadian, tambah beliau, ketika beberapa orang anggota polis melakukan sekatan keselamata­n di sekeliling restoran.

Masih belum jelas sekiranya terdapat sebarang kematian atau kecederaan.

Beberapa syarikat media Somalia melaporkan bahawa kumpulan pejuang jihad Shabaab telah mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan ke atas restoran, yang sering dikunjungi oleh para pegawai Somali.

Sebuah kumpulan sekutu Al-Qaeda, Shabaab sedang berjuang untuk mengguling­kan kerajaan yang dibantu oleh pihak antarabang­sa di ibu negara Mogadishu.

Ia telah diusir keluar dari ibu negara oleh anggota tentera Kesatuan Afrika lima tahun lepas namun terus melancarka­n serangan yang kerap termasuk beberapa serangan pada bulan lepas ke atas beberapa buah restoran, hotel dan pangkalan tentera, sering menggunaka­n bom kereta dan penyerang bersenjata.

Kumpulan militan itu dijangka akan secara kejam mengganggu pilihan raya yang dijangka akan diadakan pada September dan Oktober ini.

 ?? — Gambar Reuters ?? PEGAWAI polis dan wartawan berhimpun dekat rangka kenderaan yang musnah selepas sebuah bom kereta meletup di pekarangan restoran Banadir berhampira­n Pantai Lido di Mogadishu, Somalia kelmarin.
— Gambar Reuters PEGAWAI polis dan wartawan berhimpun dekat rangka kenderaan yang musnah selepas sebuah bom kereta meletup di pekarangan restoran Banadir berhampira­n Pantai Lido di Mogadishu, Somalia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia