Utusan Borneo (Sabah)

Timbalan pengerusi Lotte ‘bunuh diri’

Susulan siasatan kes rasuah terhadap konglomera­t kelima terbesar di Korea Selatan

-

SEOUL: Timbalan pengerusi Kumpulan Lotte yang bermasalah di Korea Se- latan ditemui mati semalam, menurut polis, dalam tindakan seperti membunuh diri ketika siasatan berkaitan rasuah giat dilakukan terhadap konglomera­t perniagaan kelima paling besar di negara ini.

Mayat Lee In-Won ditemui tergantung pada sebatang pokok berhampira­n dengan laluan pendakian di pekan timur Yangpyeong.

Surat setebal empat muka surat – kelihatan seperti nota bunuh diri – turut ditemui di dalam keretanya, menyuaraka­n kesetiaan kepada pengerusi Lotte Shin DongBin dan menafikan tuduhan firma itu mengelak membayar cukai dan membentuk tabung untuk sogokan.

Lee adalah suspek utama dalam kes penipuan cukai bernilai ratusan juta dolar.

Siasatan rasmi terhadap gergasi perhotelan dan jualan semakin meluas pada Jun ketika pendakwa raya menyerbu pejabat di 15 buah subsidiari, sebelum mengemukak­an saman kepada beberapa orang eksekutif.

Di Korea Selatan, ia adalah bukan luar biasa bagi seorang suspek yang berprofil tinggi membunuh diri.

Pada 2003, Chung MongHun, pengerusi konglomera­t No.2 di negara ini, Hyundai Group, terjun dari bangunan pejabatnya selepas disoal siasat mengenai pemindahan rahsia $500 juta kepada Korea Utara bagi mendapatka­n perjanjian urus niaga.

Setahun kemudian, seorang eksekutif kumpulan perniagaan Daewoo, Nam Sang- Guk melompat dari sebatang jambatan ke dalam Sungai Han di Seoul selepas disoal siasat berhubung tuduhan rasuah.

Pada tahun lepas, ahli perniagaan Sung Wan-Jong menggantun­g dirinya sendiri, meninggalk­an sekeping nota menyatakan dia rasa bersalah setelah menawarkan rasuah kepada golongan elit yang berkuasa termasuk bekas Perdana Menteri Lee

 ?? — Gambar Reuters ?? PETUGAS media berhimpun untuk merakam gambar ketika mayat timbalan pengerusi Lotte, Lee In-won (sisipan), dimasukkan ke dalam ambulans di pekarangan hospital di Yangpyeong, Korea Selatan semalam.
— Gambar Reuters PETUGAS media berhimpun untuk merakam gambar ketika mayat timbalan pengerusi Lotte, Lee In-won (sisipan), dimasukkan ke dalam ambulans di pekarangan hospital di Yangpyeong, Korea Selatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia