Utusan Borneo (Sabah)

Kes bunuh wanita British di Australia ditangguh hingga Oktober

-

SYDNEY: Seorang lelaki Perancis yang didakwa membunuh seorang wanita British di Australia telah ditangguhk­an kesnya sehingga Oktober semalam, ketika bapa kepada seorang lelaki yang tercedera dalam insiden itu tiba dari Britain untuk bersama dengan anak lelakinya.

Smail Ayad, 29, sedang berdepan satu tuduhan membunuh kerana menikam sehingga mati Mia AyliffeChu­ng, 21, pada lewat Selasa di sebuah asrama pengembara di Home Hill, sebuah pekan luar bandar di utara Queensland.

Dia turut didakwa dengan dua tuduhan bagi cubaan membunuh kerana menikam seorang lelaki British berusia 30 tahun – dinamakan dalam media tempatan sebagai Tom Jackson – yang sedang bertarung nyawa di hospital, serta seorang lelaki berusia 46 tahun dari Australia yang mengalami kecederaan tidak membahayak­an nyawa.

Rakyat Perancis itu tidak hadir di Mahkamah Majistret Townsville semalam, dengan peguamnya Helen Armitage meminta agar kes tersebut ditangguhk­an.

“Dia berada dalam tahanan namun saya tidak memerlukan agar dia dibawa,” Armitage memberitah­u mahkamah, lapor Townsville Bulletin.

“Pada peringkat ini kami meminta agar perkara ini disenaraik­an bagi sebutan perbicaraa­n dengan beberapa bukti disediakan.”

Kes tersebut ditangguhk­an sehingga 29 Oktober dan tiada permohonan ikat jamin telah dilakukan, dengan Ayad masih ditahan reman, seorang pegawai mahkamah memberitah­u AFP.

Bapa Jackson, Les tiba di Townsville, sebuah bandar kira-kira 100 kilometer di utara Home Hill, pada lewat kelmarin untuk berada di samping anak lelakinya.

Tom Jackson telah dipuji sebagai seorang wira oleh Polis Queensland selepas serangan itu kerana cuba untuk membantu AyliffeChu­ng.

“Tiada kecurigaan bahawa Encik Jackson telah cuba untuk memberikan bantuan kepada Mia,” Pesuruhjay­a Polis Ray Rohweder memberitah­u Courier Mail di Queensland.

“Tindakan pantas beliau adalah benar- benar menakjubka­n dan saya tidak mempunyai keraguan bahawa tindakanny­a pada hari tersebut, sebagai tidak mementingk­an diri sendiri, benar-benar tidak memikirkan tentang diri sendiri sahaja, membawa kepada kecederaan yang beliau alami sekarang.”

Pihak polis mendakwa bahawa Ayad menyebut “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) semasa serangan dan sekali lagi ketika ditangkap, namun juga menyatakan tidak terdapat sebarang petunjuk bagi fahaman radikalisa­si.

“Tidak ada sebarang petunjuk bagi fahaman radikalisa­si atau kewujudan motif politik yang mendorong dia menyerang orang seperti yang dia telah lakukan,” Rohweder memberitah­u wartawan kelmarin.

Kerajaan Australia telah menjadi semakin bimbang mengenai fahaman ekstremis dan terutama bagi radikalisa­si di dalam negara, mengekalka­n amaran pada paras tinggi bagi ancaman keganasan sejak September 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia