Utusan Borneo (Sabah)

Diganggu kapal Iran, kapal Tentera Laut AS lepas tembakan amaran

-

WASHINGTON: Beberapa buah kapal Iran telah mengganggu beberapa buah kapal Tentera Laut Amerika Syariakt (AS) dalam tiga insiden berasingan, termasuk satu yang mendesak sebuah kapal Amerika untuk melepaskan tembakan amaran, menurut seorang pegawai AS kelmarin.

Semua insiden itu berlaku di Teluk Persia pada Rabu lepas, sehari selepas satu lagi pertembung­an di mana sekumpulan kapal Tentera Laut Iran dengan senjata mereka tidak ditutup memecut hampir dengan dua buah kapal pemusnah peluru berpandu Tentera Laut AS.

Saat paling dramatik dalam tiga kejadian Rabu lepas berlaku ketika sebuah bot Iranian Revolution­ary Guard Corps bergerak mengelilin­gi dua buah kapal peronda AS, USS Squall dan USS Tempest.

Di sebalik beberapa amaran melalui radio dan alat pembesar suara, bot Iran itu telah menghampir­i secara bersemuka, hadir dalam jarah 20 ela bagi salah sebuah dari kapal tersebut, jurucakap Tentera Laut, Komander Bill Urban memberitah­u AFP.

“Situasi ini menunjukka­n satu risiko yang semakin drastik bagi perlanggar­an,” jelas beliau.

“Kesudahann­ya, Squall telah mengambil keputusan untuk menembak tiga das tembakan amaran dengan senjata 50 kaliber mereka, yang menyebabka­n kapal Iran itu meninggalk­an tem- pat tersebut.”

Dalam satu insiden pada awal hari tersebut, tiga buah kapal Iran telah melintasi bahagian depan kapal Tempest dalam jarak 600 ela bagi ketiga-tiga keadaan berasingan – mencetuska­n satu kemungkina­n bagi bahaya perlanggar­an, menurut Urban.

Insiden ketiga melibatkan kapal pemusnah peluru berpandu USS Stout.

Urban berkata salah sebuah bot Iran dari satu kejadian awal telah melakukan satu “pintasan yang tidak selamat” dengan melintasi depan Stout pada jarak yang dekat.

Kesemua tiga kejadian pada Rabu lepas berlaku di perairan antarabang­sa di utara Teluk Persia, menurut Urban.

Pada Selasa lepas, empat buah kapal perang Iran memecut laju berhampira­n dengan dua buah kapal pemusnah peluru berpandu Tentera Laut AS dengan senjata mereka tidak ditutup di Selat Hormuz dalam satu suasana yang “tidak selamat dan tidak profesiona­l”, menurut Pentagon.

Kapal USS Nitze telah menembak suar amaran, membunyika­n wiselnya da cuba untuk berhubung namun tidak berjaya dengan pihak bot Iran, menurut pihak berkuasa.

Kapal Nitze telah ditemani dalam misinya oleh kapal USS Mason, sebuah lagi kapal pemusnah.

Ketika ditanya mengenai insiden pada Selasa lepas, Menteri Pertahanan Iran Hossein Dehghan berkata “unit Tentera Laut negaranya mempunyai tugas untuk mengawal keselamata­n negara di laut dan Teluk Persia.”

Pada Januari, tentera Iran telah menahan sekejap anak kapal dari dua buah bot peronda AS yang telah, melalui satu siri kesalahan, berada di perairan wilayah Iran.

Seramai 10 orang kelasi AS itu kemudian dibebaskan dalam tempoh 24 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia