Utusan Borneo (Sabah)

Program ICP dijangka cecah nilai RM68b menjelang 2020: Irwan Serigar

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kewangan mengunjurk­an nilai perolehan melalui program Offset atau Program Kolaborati­f Industri (ICP) akan menjangkau RM68 bilion menjelang 2020.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pada masa ini, program berkenaan telah pun mencecah nilai RM17 bilion.

Beliau berkata jumlah RM68 bilion itu merangkumi pelbagai projek yang akan dan sedang dijalankan dalam jangka masa panjang.

Ia termasukla­h pembinaan landasan kereta api laju (HSR) KL-Singapura, Mass Rapid Transit (MRT) Laluan 1 dan Laluan 2 serta pembelian helikopter, kapal dan kapal terbang untuk tentera.

Technology Depository Agency Bhd (TDA) dipertangg­ungjawabka­n untuk menyelaras perjanjian program ini bagi mendapat manfaat untuk perkembang­an industri bernilai tinggi hasil daripada perjanjian perolehan kerajaan, katanya.

Irwan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan prapelanca­ran persidanga­n Global Offset and Countertra­de Associatio­n (GOCA) Asia Pacific 2017 di sini semalam.

Beliau berkata terbaharu daripada program Offset yang dilaksana kerajaan ialah penubuhan Akademi Keretapi Malaysia (MyRA) di Batu Gajah, Perak yang dijangka mampu melatih lebih 16,000 penuntut dalam bidang kereta api menjelang 2020.

“Sehubungan itu, kementeria­n yang berkaitan harus mempunyai pelan jangka panjang untuk memanfaat setiap program perolehan secara ‘offset’ yang dilakukan kerajaan termasuk pertukaran ilmu teknologi seperti dalam bidang aeroangkas­a dan maritim,” katanya.

Mengenai GOCA Asia Pacific 2017 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 Mac tahun depan, Irwan berkata seramai 500 peserta daripada sektor awam dan swasta dari negaranega­ra yang melaksanak­an ‘offset’ dan perdaganga­n timbal balas dijangka menghadiri persidanga­n itu.

“Kita berharap dengan penganjura­n persidanga­n ini yang julung kali diadakan di negara rantau Asia Pasifik, kita dapat mempelajar­i kaedah baharu dalam program Offset ini,” katanya.

GOCA yang beribu pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat telah menganjurk­an persidanga­n dwitahunan untuk negara-negara yang melaksanak­an ‘offset’ dan perdaganga­n timbalbala­s di benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah selama lebih 30 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia