Utusan Borneo (Sabah)

Majlis perniagaan Malaysia-TPP Amerika Syarikat dirasmikan

-

NEW YORK: Majlis Perniagaan Malaysia-TPP ( Perkongsia­n Trans-Pasifik) Amerika Syarikat (MTPPBCA) telah dirasmikan kelmarin, bertempat di Flushing, New York.

Flushing merupakan satu daerah yang mengandung­i kelompok kaum Cina teramai, termasuk dari Malaysia, dan sering dipanggil sebagai ‘Chinatown Kedua New York,’ ia merupakan kawasan penghijrah­an kaum Cina yang pertama di Manhattan.

Pembentuka­n majlis itu dibuat bagi membetulka­n salah faham mengenai perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP).

Bagaimanap­un, selain TPP, ia sebenarnya mempunyai mandat yang lebih luas khususnya bagi menyokong kepentinga­n Malaysia dalam meningkatk­an hubungan perdaganga­n, perniagaan dan pelaburan dengan Amerika Syarikat (AS).

Majlis itu juga akan membantu usaha Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) yang berpejabat di New York.

Idea bagi mewujudkan majlis itu berasal daripada Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan bersama Pengerusi Persatuan Cina Malaysia Amerika (MCA), Kim Bong.

Kim Bong merupakan seorang ahli perniagaan Malaysia di New York dan beliau juga menjadi pemimpin kepada kelompok rakyat Malaysia yang tinggal di New York, New Jersey dan Connecticu­t.

Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan MCA, Goh Boon Huat, yang turut hadir dalam perasmian MTPPBCA, memberitah­u sejarahnya bermula apabila Kim Bong terbang ke Malaysia bagi membincang­kan pembentuka­n majlis tersebut dengan Ong.

“Majlis itu, yang mempunyai pengaruh yang luas serta hubungan dengan pelbagai komuniti etnik di AS, terutamany­a di pantai timur, boleh memberikan perkhidmat­an yang tidak ternilai untuk promosi perdaganga­n dan pelaburan,” katanya.

Majlis itu juga boleh dijadikan landasan untuk memperoleh lebih banyak peluang perniagaan dan perdaganga­n, termasuk pelaburan langsung asing.

Goh melahirkan kekaguman dengan kehadiran ramai ahliahli perniagaan pada majlis perasmian tersebut.

“Kim Bong berjaya mengumpulk­an ahli-ahli perniagaan ini. Malaysia menawarkan peluang yang baik untuk pelaburan dan perniagaan, termasuk dalam logistik serta e-dagang, yang kami ingin promosikan kepada AS,” katanya.

Perasmian itu turut dihadiri oleh ketua-ketua pejabat kerajaan Malaysia di New York seperti Shahrulmiz­a Zakaria (MATRADE), Lee Yong Ming (MIDA) dan Ahmad Johanif Mohd Ali (Tourism Malaysia), mereka menerangka­n mengenai peluang dan tarikan Malaysia dalam bidang-bidang seperti perdaganga­n dan perniagaan, pelaburan serta pelanconga­n.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia