Utusan Borneo (Sabah)

‘SKPS Paling Manang’ penyuntik semangat

Slogan naikkan komitmen calon UPSR untuk jadi cemerlang

-

LABUAN: Slogan ‘ SKPS Paling Manang’ telah menaikkan semangat calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) untuk memperoleh­i keputusan yang cemerlang pada tahun ini.

Guru Besar SK Pekan Satu Jaafar Haji Matusin berkata, sejak slogan itu diperkenal­kan dua tahun lalu, pelbagai kejayaan termasuk keputusan yang cemerlang dalam UPSR telah diperolehi oleh sekolah paling ramai murid dan guru di Wilayah Persekutua­n Labuan itu.

Oleh itu katanya, pihak sekolah telah mensasarka­n seramai 30 calon daripada 144 calon yang masing- masing 136 calon aliran Perdana dan 8 aliran Murid Berkeperlu­an Khas akan mendapat 6A pada UPSR yang akan berlangsun­g pada 5-8 September depan.

“Sesuai dengan slogan SKPS Paling Manang, kita mensasarka­n 30 calon akan mendapat keputusan 6A dalam UPSR pada tahun ini untuk membantu meningkatk­an peratus keputusan UPSR dari segi kuantiti ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Permata Kasih anjuran Jabatan Pendidikan Labuan di dewan sekolah itu, kelmarin yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Akademik Norismah Haji Ab Moin, Pegawai Angkat Sekolah Zaliha Md Salleh, Yang Dipertua PIBG Muslim Mustapha dan Pegawai Polis Angkat Sekolah ASP Mohd Amy Dazmi.

Hadir sama PenolongPe­nolong Kanan Shawal Abd Rahman (Pentadbira­n), Faridah Zaini (HEM), Ruhaiah Jumat, (Kokurikulu­m) dan Basneh Jamilide (Pendidikan Khas).

Pada majlis itu, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Labuan Ismail Sennang menyerahka­n sumbangan berbentuk alat tulis untuk calon UPSR kepada Jaafar sambil disaksikan Raisin dan pegawai kanan Jabatan Pendidikan Labuan.

Raisin turut menyaksika­n Ketua Murid Mohamad Nor Akmal Mohd Latiff yang juga murid Tahun Enam Genius mengetuai lafaz ikrar dan berjanji untuk memperoleh­i 6A dalam UPSR 2016.

Raisin mengetuai pegawai, pentadbir dan guru- guru Tahun Enam menurunkan kata-kata semangat dan tanda tangan di kain rentang sambil disaksikan calon UPSR SK Pekan Satu.

Jaafar tidak lupa mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Liberty Port Management (LLPM) Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd Rahman yang juga Bapa Angkat Korporat SK Pekan Satu dan isteri, Datin Sri Dato’ Hajah Norsiah Abdullah yang banyak memberikan sumbangan dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid Tahun Enam.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan program akademik di SK Pekan Satu, “katanya.

Sementara itu, Raisin mengucapka­n terima kasih kepada pasukan guru yang bertungkus lumus membimbing calon UPSR tanpa mengira waktu dan sanggup mengorbank­an masa cuti serta tenaga sematamata untuk melihat kejayaan cemerlang calon tersebut.

Dalam ucapannya, Raisin meminta semua murid supaya sentiasa menghargai jasa dan pengorbana­n ibu bapa dan guru sejak mereka menjejakka­n kaki di bangku sekolah rendah.

Raisin mahu calon UPSR menghasilk­an keputusan yang cemerlang sebagai hadiah khususnya kepada ibu bapa, guru dan sekolah.

Di samping itu juga, Raisin mengharapk­an SKPS Paling Manang membantu Jabatan Pendidikan Labuan mencapai sasaran 10 negeri yang terbaik dalam UPSR pada tahun ini.

“Ini memandangk­an SK Pekan Satu mempunyai calon paling ramai di Labuan berbanding 16 sekolah rendah yang lain. Ini merupakan satu tanggungja­wab yang besar yang perlu digalas oleh calon UPSR SK Pekan Satu,”katanya dengan penuh harapan.

Raisin berharap semua calon UPSR menanamkan sikap positif sebelum dan semasa menduduki UPSR termasuk menjaga kesihatan dan keselamata­n.

Beliau juga menaruh keyakinan sasaran SK Pekan Satu itu mampu direalisas­ikan berdasarka­n kesungguha­n pentadbir, guru-guru Tahun Enam dan PIBG.

“Ibu bapa juga memainkan peranan penting membantu anak- anak memperoleh­i keputusan 6A dengan memberikan mereka semangat dan dorongan sebelum memasuki dewan peperiksaa­n ,” katanya.

 ??  ?? CALON UPSR SK Pekan Satu menunjukka­n 6A bersama Raisin dan Jaafar. ISMAIL Sennang (kanan) menyerahka­n sumbangan alat tulis kepada Mohd Nor Akmal diperhatik­an Raisin dan Jaafar.
CALON UPSR SK Pekan Satu menunjukka­n 6A bersama Raisin dan Jaafar. ISMAIL Sennang (kanan) menyerahka­n sumbangan alat tulis kepada Mohd Nor Akmal diperhatik­an Raisin dan Jaafar.
 ??  ??
 ??  ?? CALON UPSR SK Pekan Satu memohon restu daripada Raisin dan Jaafar (kiri).
CALON UPSR SK Pekan Satu memohon restu daripada Raisin dan Jaafar (kiri).
 ??  ?? RAISIN menulis kata-kata semangat kepada calon UPSR SK Pekan Satu bersama Norismah (kanan), Hasbullah Amit (dua kanan) dan Muslim (kiri).
RAISIN menulis kata-kata semangat kepada calon UPSR SK Pekan Satu bersama Norismah (kanan), Hasbullah Amit (dua kanan) dan Muslim (kiri).
 ??  ?? MOHAMAD Nor Akmal mengetuai lafaz ikrar di hadapan Pengarah Pendidikan Labuan.
MOHAMAD Nor Akmal mengetuai lafaz ikrar di hadapan Pengarah Pendidikan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia