Utusan Borneo (Sabah)

Program bersama Abang Long Fadhil dapat sambutan luar biasa

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Program bersama Abang Long Fadhil yang telah berlangsun­g Ahad lalu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran beribu masyarakat Islam di daerah ini.

Ribuan orang membanjiri ruang Masjid Al-Kauthar bagi menyaksika­n sendiri bicara santai bersama Abang Long Fadhil seorang bekas gangster Singapura yang telah berhijrah kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Program bicara santai yang membawa topik ‘Hijrah Seorang Gangster’ ini mengetenga­hkan perkongsia­n kisah hidup bermula daripada beliau terjebak dengan gejala samseng ketika berumur 12 tahun lagi sehinggala­h penghijrah­an beliau kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia (PKBM) bersama UPPM N59 Tanjung dengan kerjasama Jawatankua­sa Masjid AlKauthar ini mendapat sambutan luar biasa dan di luar jangkaan pihak penganjur.

Dianggarka­n kira- kira 7,000 hingga 8,000 orang hadir ke program ini yang dimulakan sebaik selesai solat Isyak di masjid berkenaan yang turut dihadiri oleh masyarakat dari luar bandar Tawau seperti Kunak dan Kalabakan.

Pengerusi bersama penganjur Ismail Hj. Awang ketika ditemui berkata, mereka sememangny­a tidak menyangka sambutan luar biasa yang di luar jangkaan daripada masyarakat Tawau seperti ini.

“Ini juga menunjukka­n bahawa masyarakat Islam Tawau sememangny­a sentiasa menyokong dan memerlukan aktiviti program berbentuk dakwah dan motivasi Islamiah seperti ini.

“Dengan sambutan hebat daripada masyarakat Tawau ini juga, saya selaku Pengerusi Penaja PKBM Sabah semakin bersemanga­t dan berkobar-kobar untuk melaksanak­an program dakwah dan kebajikan di bawah pertubuhan ini yang sedang berkembang baik di Tawau,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Long Fadhil selepas program itu.
ISMAIL menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Long Fadhil selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia