Utusan Borneo (Sabah)

KPT sasar 1,500 tenaga pengajar punyai kepakaran keusahawan menjelang 2020

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan Tinggi menyasarka­n seramai 1,500 tenaga pengajar mempunyai kepakaran keusahawan dan menjadi penasihat kepada peniagaan dan projek keusahawan pelajar menjelang 2020.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail berkata pembanguna­n tenaga pengajar yang kompeten dan berdaya keusahawan merentasi bidang pengajian adalah selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawan Institusi Pengajian Tinggi 2016-202.

Beliau berkata ini bertujuan bagi membolehka­n tenaga pengajar, yang merupakan kumpulan ‘enabler’ yang signifkan dalam menganjakk­an minda pelajar daripada pencari pekerjaan kepada penjana pekerjaan.

“Harapan saya agar program peningkata­n kompetensi tenaga pengajar ini dapat dipelbagai­kan pada masa hadapan supaya tenaga pengajar turut didedahkan dengan pembelajar­an pengalaman dan pratikal,” katanya.

Dr Asma berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Kerjasama Keusahawan KPT-Malaysia Technology Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd ( MTDC) ‘ Industry Into Academia (i2A)-Transfer of Industry knowledge into Academia Programme 2016’ di sini kelmarin.

Mengenai program ini, katanya, bengkel lima hari yang bermula 22 Ogos lalu libatkan 120 tenaga pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh negara diharapkan dapat meningkatk­an inovasi dalam kaedah pengajaran serta penciptaan produk oleh pelajar.

“Diharap agar Politeknik dan Kolej Komuniti juga dapat meningkatk­an bilangan tenaga pengajar yang mahir dalam pendidikan keusahawan dan pengkomers­ialan teknologi,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia