Utusan Borneo (Sabah)

Betterlife Miri Idol 2016 di Permymall Miri pada 24 & 25 Sept depan

-

ORANG ramai yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian adalah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Betterlife Miri Idol 2016 yang akan diadakan pada 24 dan 25 September depan.

Pertanding­an selama dua hari itu akan diadakan di tingkat bawah Kompleks Beli-Belah Permymall, Bandar Baru Permyjaya bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Menurut jurucakap peng-anjur, Steven Hii, konsep pertanding­an adalah dengan meniru artis kelahiran Malaysia sama ada dari segi mendendang­kan lagi, pergerakan serta fesyen namun nada suara tidak semestinya sama.

Katanya, peserta yang mengambil bahagian bebas untuk memilih sama ada untuk mendendang­kan lagu dalam bahasa Iban, Melayu atau Inggeris asalkan penyanyi asal lagu tersebut merupakan artis kelahiran Malaysia.

“Pertanding­an ini terbuka kepada semua penduduk di bahagian Miri termasuk dari Baram serta manamana penduduk negeri ini yang telah lama menetap di Miri kecuali artis rakaman dan mereka yang pernah mempromosi­kan lagu sendiri sama ada menerusi radio mahupun internet.

“Manakala yuran penyertaan untuk setiap peserta adalah sebanyak RM70,” katanya.

Selain itu menurut Steven, peserta juga perlu membawa sendiri cakera padat, pemacu pena dan keperluan lain yang digunakan semasa membuat persembaha­n.

Lima pemenang teratas akan menerima hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM1,000, RM700, RM500, RM300 dan RM200 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Pihak penganjur turut menyediaka­n hadiah saguhati untuk pemenang di tempat keenam hingga ke-10 di samping dua hadiah sampingan iaitu Persembaha­n Terbaik dan Pakaian Terbaik.

“Kami juga akan memilih beberapa orang dari peserta yang menang untuk ditawarkan sebagai artis rakaman,” ujar beliau.

Kepada yang berminat, bolehlah mendapatka­n borang penyertaan dengan menghubung­i beliau sendiri melalui talian 019-8344022, Rocky Limbi (0148879765, Jennia Janet (012-8829940) dan Mohd Rizam (013-8057831). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia