Utusan Borneo (Sabah)

Sabah naib johan

Kejohanan bola sepak bawah 15 tahun MSSM 2016

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Sabah mencipta kejutan apabila hampir menjuarai Kejohanan Bola Sepak kategori bawah 15 tahun, Majlis Sukan Sekolah- sekolah Malaysia ( MSSM) 2016 yang berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kejohanan enam hari itu dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan dikelolaka­n oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pengurus pasukan MSS Sabah ( bawah 15 tahun), Samsul Jamaludin dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat berkata, Sabah muncul naib juara kejohanan itu selepas tewas tipis 0 – 1 kepada pasukan tuan rumah, Selangor pada perlawanan akhir.

Gol kemenangan tuan rumah dijaringka­n oleh penyerang lincah Selangor, Luqman Hakim Mustaza pada minit ke-48 separuh masa kedua.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Pahang yang menewaskan pasukan Putrajaya pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Sabah muncul juara kumpulan setelah menewaskan Ke- dah 3 - 2 sebelum seri 0 – 0 dengan Selangor di peringkat kumpulan dan mengalahka­n Putrajaya 1 – 0 di peringkat suku akhir.

Pada perlawanan peringkat separuh akhir, Sabah menewaskan Pahang 1 – 0 hasil jaringan ketua pasukan MSS Sabah, Nuramnan Abdul Man.

Pencapaian pasukan Sabah berganda dan diceriakan lagi apabila penjaga gol Sabah, Fahmi Ikhwan Muhd Azmi dari SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan itu.

Pasukan MSS Sabah bawah 15 tahun dibimbing jurulatih Datu Salih Amat Datu Amir dari SMK Desa Kencana Lahad Datu dan Rizam Bahar dari SMK Tungku Lahad Datu sambil dibantu Helfi Miring (SMK Pasir Putih Tawau) dan Hisyam Abdul Jale (SK Pekan Kudat II, Kudat).

Pasukan Sabah diwakili oleh Mohd Azlizan Mohd Azlan, Willreyfen­ley Petrus, Joell Joshlee, Ajay Jamain, Yuseril Yusekil, Seherry Aladin, Mohd Sharriezan Jafrin, Muhd Afnezal Syahrul Mohd Afzand, Hajirul Sakka, Fahmi Ikhwan Muhd Azmi, Nuram- nan Abdul Man dan Mohd Ezaidi Jurimo. Turut mewakili pasukan Sabah ialah Mohamed Ferhan Mohamed Johar, Mohd Aiezad Azman, Muhd Hazwan Maidin, Mohd Ikmal Merin, Neildeonry Bernard dan Meet Mei Moon. Bagi kategori bawah 12 tahun, pasukan MSS Sabah menduduki tempat keempat se- lepas tewas kepada pasukan Selangor pada perlawanan merebut tempat ketiga. Johan bola sepak bawah 12 tahun dimenangi pasukan Perlis yang menundukka­n pasukan Johor pada perla- wanan akhir.

Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Haji Mohd Salleh Mohd Kassim merasmikan penutupan kejohanan itu dan menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

MSS Sabah pada tahun ini hanya menghantar dua pasukan iaitu bawah 12 dan 15 tahun manakala pasukan bawah 18 tahun tidak dapat dihantar kerana difahamkan faktor kekangan kewangan.

Selain bola sepak ( dua pasukan), MSS Sabah turut menghantar pasukan untuk menyertai kejohanan sukan fasa kedua MSSM itu melibatkan sukan bowling tenpin, ragbi, hoki, kriket, dan sofbol.

Pencapaian pasukan Sabah pada kejohanan MSSM 2016 disifatkan amat baik dan positif serta berada pada landasan yang cerah untuk mencipta kejuaraan pada masa akan datang.

Malah menurut Samsul, walaupun tewas tipis pada perlawanan akhir ( bawah 15 tahun), namun prestasi pemain dan pasukan MSS Sabah mendapat pujian jurulatih luar negara, Matthias Schwesig yang turut menyaksika­n perlawanan itu.

 ??  ?? FAHMI Ikhwan dinobatkan penjaga gol terbaik kejohanan MSSM 2016.
FAHMI Ikhwan dinobatkan penjaga gol terbaik kejohanan MSSM 2016.
 ??  ?? PASUKAN bola sepak bawah 15 tahun MSS Sabah muncul naib johan MSSM 2016 selepas dikecewaka­n pasukan Selangor 0 – 1 pada perlawanan akhir.
PASUKAN bola sepak bawah 15 tahun MSS Sabah muncul naib johan MSSM 2016 selepas dikecewaka­n pasukan Selangor 0 – 1 pada perlawanan akhir.
 ??  ?? (Gambar kanan) SAMSUL (kanan) dan Jais (dua kanan) bersama jurulatih luar negara, Matthias Schwesig (dua kiri) yang turut memuji persembaha­n cemerlang pasukan MSS Sabah. NURAMNAN Abdul Man penjaring gol tunggal pada perlawanan separuh akhir menentang...
(Gambar kanan) SAMSUL (kanan) dan Jais (dua kanan) bersama jurulatih luar negara, Matthias Schwesig (dua kiri) yang turut memuji persembaha­n cemerlang pasukan MSS Sabah. NURAMNAN Abdul Man penjaring gol tunggal pada perlawanan separuh akhir menentang...
 ??  ?? PASUKAN kriket Sabah yang menyertai kejohanan kriket di MSSM 2016.
PASUKAN kriket Sabah yang menyertai kejohanan kriket di MSSM 2016.
 ??  ?? PASUKAN bola sepak bawah 12 tahun MSS Sabah menduduki tempat keempat.
PASUKAN bola sepak bawah 12 tahun MSS Sabah menduduki tempat keempat.
 ??  ?? KONTINJEN ragbi MSS Sabah bergambar kenangan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia (duduk tengah) yang turut memberi sumbangan dan memberikan suntikan semangat kepada kontinjen ragbi Sabah.
KONTINJEN ragbi MSS Sabah bergambar kenangan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia (duduk tengah) yang turut memberi sumbangan dan memberikan suntikan semangat kepada kontinjen ragbi Sabah.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA pemain yang memenangi kejohanan bowling tenpin bersama Mohd Adli ( tengah) dari PPD Kota Kinabalu.
ANTARA pemain yang memenangi kejohanan bowling tenpin bersama Mohd Adli ( tengah) dari PPD Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia