Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola dan City bakal berdepan Barca

-

MONACO: Pep Guardiola

( gambar) akan kembali ke kelab lama Barcelona bersama Manchester City dalam Liga Juara-Juara selepas kedua-dua pasukan diundi untuk menentang satu sama lain dalam undian peringkat kumpulan kelmarin di Monaco.

Guardiola, yang memenangi Piala Eropah sebagai seorang pemain pada 1992 sebelum dia dua kali membimbing gergasi Catalan itu untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2009 dan 2011, juga akan menentang Borussia Moenchengl­adbach dan Celtic dalam Kumpulan C.

City tewas kepada Barcelona pada peringkat 16 terakhir pertanding­an itu pada 2013-14 dan 2014-15 manakala pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menewaskan Gladbach dua kali pada peringkat kumpulan pada tahun lepas. “Ia sama sekali bukan satu undian mimpi ngeri kerana kita berada dalam pertanding­an yang hebat dan kami sebenarnya gembira berada di sini, tetapi dalam Barcelona, Borussia Monchengla­dbach dan Celtic, kami tahu ia tidak akan mudah,” kata pengarah bola sepak City, Txiki Begiristai­n. “Kami mara ke peringkat separuh akhir pada musim lepas dan kami mahu pergi jauh dalam Liga Juara-Juara sekali lagi. Ia adalah pertanding­an yang sangat sukar untuk dimenangi – bagi semua orang – dan kita memerlukan nasib yang baik di sepanjang jalan, tetapi kami bersedia dan sentiasa berusaha untuk bertambah baik.” Kapten City Vincent Kompany menyebut dalam Twitter: “Jenis undian biasa bagi kami. Lebih ba ik seperti ini. Bawa ia keluar.”

Juara bertahan Real Madrid, yang mencipta rekod dengan Piala Eropah ke-11 pada musim lepas, digandingk­an dengan Borussia Dortmund dalam Kumpulan F bersama Sporting dari Portugal dan Legia Warsaw dari Poland.

Dortmund menewas- kan Real dengan agregat 4-3 dalam perlawanan separuh akhir yang rancak tiga tahun lalu tetapi kelab Sepanyol itu sudah menebus kekalahan tersebut apabila mereka menang 3- 2 dalam dua pusingan perlawanan, pada musim berikutnya sebelum mereka memenangi kejuaraan pada 2014.

“Kami sekarang mempunyai kumpulan yang menarik. Ia adalah sukar tetapi sama menarik. Perlawanan menentang Real kini menjadi perlawanan klasik bagi Dortmund. Kami mengalu- alukan pertemuan dengan juara bertahan,” kata jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel.

Juara lima kali Bayern Munich akan menentang finalis yang tewas pada tahun lepas Atletico Madrid dalam Kumpulan D, yang turut memaparkan PSV Eindhoven dan pasukan pertama kali dari Rusia, Rostov.

“Ia pasti kumpulan yang sangat sukar, kami perlu waspada,” kata jurulatih Bayern, Carlo Ancelotti, pada musim pertamanya di Jerman selepas menggantik­an Guardiola.

“Atletico Madrid sudah menyingkir­kan FC Bayern dari pertanding­an pada musim lepas. Rostov mengejutka­n saya dengan kemenangan besar ke atas Ajax dan Eindhoven hanya tewas tipis kepada Atletico pada musim lepas dalam penentuan tendangan penalti. Kumpulan ini tidak akan mudah.”

Paris Saint-Germain dan Arsenal adalah dua kelab pilihan yang jelas untuk mara dari Kumpulan A di hadapan Basel dan kelab dari Bulgaria, Ludogorets, ketika pasukan Arsene Wenger bersiap-sedia untuk penampilan ke- 19 berturut- turut dalam pertanding­an itu.

Juara EPL Leicester City memperoleh­i undian yang memihak kepada mereka dalam Kumpulan G yang merangkumi Porto, Club Brugge dan FC Copenhagen tetapi pengurus ‘The Foxes’ Claudio Ranieri pantas menepis jangkaan yang tinggi.

“Sekali lagi saya menyatakan kami adalah pasukan bukan pilihan,” kata Ranieri. “Atas sebab ini kita mesti berjuang untuk segalanya. Saya mahu melihat pemain saya berjuang menentang kelab terbaik di Eropah.

“Musim lepas hebat sekali tetapi saya mahukan lebih lagi. Sekarang kami bermain dalam Liga Juara- Juara dan kami mempunyai satu lagi peluang yang hebat untuk menunjukka­n kualiti kami.”

Juventus akan menentang juara bertahan tiga kali Liga Europa Sevilla selain Lyon dan Dinamo Zagreb dalam Kumpulan H.

Tottenham Hotspur, yang kembali ke pertanding­an kelab elit di Eropah buat pertama kali sejak mereka mara ke peringkat suku akhir 2010-11, akan menentang juara Rusia CSKA Moscow, Bayern Leverkusen dan Monaco dalam Kumpulan E.

Bekas juara dua kali Benfica, Napoli, Dynamo Kiev dan Besiktas berada dalam Kumpulan B.

Perlawanan pertama akan berlangsun­g pada 13 dan 14 September manakala perlawanan akhir pada musim ini akan diadakan di Stadium Prinsipali­ti, Cardiff, pada 3 Jun tahun depan. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia