Utusan Borneo (Sabah)

Tawan puncak Gunung Wakid

Kejayaan sembilan pengakap wanita dari seluruh Sabah

- Oleh JOHAN AZIZ

SERAMAI sembilan ahli pengakap wanita dari seluruh negeri Sabah berjaya menawan Gunung Wakid Tambunan yang berketingg­ian 1,372 meter, pada 20 dan 21 Ogos lalu.

Mereka masingmasi­ng dari Karambunai, Tamparuli, Inanam, Tawau, Keningau dan Tambunan. Pengarah Program Road

To Jambori Wanita Sabah Emma Connie berkata aktiviti itu adalah yang kedua daripada empat aktiviti ekstrem yang akan dilaksanak­an.

“Ini adalah untuk mempromosi­kan Jambori Wanita Sabah Kedua 2017 di mana daerah Keningau dipilih sebagai tuan rumah,” katanya.

Emma berkata selepas mendaki

Gunung Wakid terdapat dua lagi aktiviti yang akan dilaksanak­an iaitu berkayak di Sungai Padas Tenom dan mendaki Gunung Kinabalu.

“Kesemua aktiviti ini menampilka­n ‘Scout Diva’ berumur 30 hingga 65 tahun dan cabaran mendaki Gunung Wakid baru-baru ini disertai oleh pengakap remaja berumur 14 hingga 35 tahun.

“Selain mempromosi­kan Jambori Wanita Keningau 2017, ekspedisi ini juga bertujuan mengumpul dana dan mencari penaja untuk pelaksanaa­n jambori wanita pada tahun hadapan,” katanya.

Emma berkata selain penyertaan daripada Sabah, terdapat juga penyertaan daripada Sarawak, Semenanjun­g, Brunei dan pengakap dari luar negara yang akan turut serta menyertai aktiviti Road To Jambori Wanita.

Di samping itu, katanya, turut mengetenga­hkan pusat rekreasi ekstrem Pedalaman Atas dan diharapkan aktiviti ini akan dapat menarik lebih ramai pengakap wanita atau belia-belawanis menyertai pengakap.

Sementara itu, Emma berkata dalam cabaran mendaki Gunung Wakid antara gunung tertinggi di Tambunan yang terletak di Kampung Sunsuron dikeliling­i hutan tebal. Ia juga merupakan antara 10 gunung tertinggi di negeri Sabah.

Katanya sepanjang perjalanan mendaki gunung itu, akan melalui beberapa anak sungai dan kebun penduduk kampung.

Menurut beliau ada kali ini para pendaki dapat melalui jalan baru yang telah dibuka iaitu

‘Jingkung Trail’ di mana kecuramann­ya 80 darjah dan perlu menggunaka­n tali untuk melaluinya.

Pada masa sama, mereka juga berpeluang mengikuti aktiviti berkayak yang telah disediakan untuk mereka.

 ??  ?? ANAK sungai yang dilalui sepanjang perjalanan menuju ke puncak Gunung Wakid.
ANAK sungai yang dilalui sepanjang perjalanan menuju ke puncak Gunung Wakid.
 ??  ?? PARA pendaki berjaya menawan puncak Gunung Wakid di Tambunan.
PARA pendaki berjaya menawan puncak Gunung Wakid di Tambunan.
 ??  ?? AKTIVITI Canyoning.
AKTIVITI Canyoning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia