Utusan Borneo (Sabah)

Nana Sheme gegarkan Jajahan THR Gegar di Terengganu

-

PADA 19 hingga 21 Ogos yang lalu, siri Jajahan Gegar memulakan pengembara­an mereka di Terengganu.

Penyanyi kecil molek dari Sarawak dan popular dengan lagu ‘Hantu Buaya’ iaitu Nana Sheme turut menyertai siri Jajahan Gegar di ke semua lokasi di Terengganu dengan membuat persembaha­n yang hebat diiringi kumpulan busking.

Antara lokasi yang telah dijajah adalah bermula pada jam 3 petang di Ma Ani Selera Kampung, Dungun. Pada jam 5 Petang di Graduate Lodge Cafe, Dungun dan 9 Malam di Sri Tanjung, Dungun.

Kelihatan orang ramai juga memenuhi lokasi jajahan untuk meyaksikan persembaha­n artis undangan dan penyampai radio THR Gegar yang turut membuat persembaha­n. Shah dan Zura tidak ketinggala­n untuk menyampaik­an beberapa buah lagu diiringi buskers tempatan.

Misi Jajahan Gegar ini adalah untuk mendekatka­n lagi jiwa keluarga THR Gegar bersama peminat. Pada minggu ini pula bermula Khamis hingga hari ini, siri Jajahan Gegar diteruskan ke Kelantan.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dan para peminat juga berpeluang memenangi cenderahat­i THR Gegar seperti T-Shirt eksklusif Jajahan Gegar dan macam macam lagi. Artis undangan yang dijemput khas untuk menghiburk­an peminat adalah Encik Mimpi.

Seterusnya, THR Gegar bakal menyambung siri jelajah di Pahang, Kuantan pada 2 hingga 4 September depan bersama artis undangan Khai Bahar.

Sertai Jajahan Gegar yang dibawakan oleh Deeja Cosmetic di lokasi dan tarikh yang ditetapkan untuk menyaksika­n penyampai Ceria Pagi Shah dan Zura berkolabar­asi dengan artis jemputan, busking di gerai terpilih.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NANA Sheme menghiburk­an para peminat di Jelajah Gegar Terengganu.
NANA Sheme menghiburk­an para peminat di Jelajah Gegar Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia