Utusan Borneo (Sabah)

Banduan muda mahu jadi pensyarah setelah selesai jalani pemulihan

Setelah selesai jalani pemulihan

-

SEORANG banduan muda yang hanya mahu dikenali sebagai Sheila bercitacit­a ingin menjadi seorang pensyarah.

Menurut Sheila, 20, pelajar Sekolah Henry Gurney (wanita) Kota Kinabalu, beliau akan mengambil peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebagai langkah pertama merealisas­ikan cita-cita itu.

“Saya akan lakukan yang terbaik pada peperiksaa­n SPM tahun ini dan amat berharap dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk mencapai cita-cita yang diidamkan,” kongsinya semasa ditemui media selepas diangkat menjadi johan Kategori Pidato Bahasa Inggeris sempena Pertanding­an KoAkademik, Kebudayaan dan Rekacipta Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney Zon Sabah 2016, pada Khamis.

Beliau yang sangat gembira dengan kejayaan itu turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas tunjuk ajar daripada guru-guru serta pegawai institusi berkenaan.

Malah beliau mengakui dirinya banyak mengalami perubahan positif sejak menjadi pelajar sekolah itu selama dua tahun lapan bulan.

“Latihan selama dua minggu ditambah dengan pengalaman johan pada tahun lalu membuat saya lebih yakin ketika berhadapan dengan orang ramai,” jelasnya.

“Perubahan paling ketara ialah saya dapat dekatkan diri saya dengan agama sekaligus membentuk disiplin serta jati diri yang lebih baik,” jelasnya.

Manakala pelajar Sekolah Integriti Kota Kinabalu Jo mengambil masa sebulan bagi membuat persiapan sebelum memenangi Pertanding­an Pertunjuka­n Sains dan tidak menyembuny­ikan hasratnya untuk menggengga­m segulung diploma.

Beliau yang beranjak ke usia 21 tahun pada 30 Ogos ini, merasa sangat puas apabila dapat menunjukka­n kebolehan yang tersembuny­i dalam dirinya.

“Pada mulanya memang dipaksa tetapi lamakelama­an timbul minat dan saya kini suka belajar mata pelajaran sains.

“Kami memilih topik Konsep Tekanan dan Inersia untuk dipersemba­hkan dan tidak sangka boleh menang.

“Alhamdulil­lah, di sini ada guru yang mengajar kami dan ada peluang ambil SPM.

“Kalau ada rezeki saya ingin menyambung pengajian di Open University Malaysia (OUM),” katanya.

Jo yang dimasukkan ke Sekolah Integriti Kota Kinabalu pada 2014 mengakui keluargany­a merasa senang dengan perubahan sikapnya.

“Pihak sekolah banyak buat program bersama keluarga seperti ‘Jalinan Kasih’.

“Apabila bertemu keluarga, mereka sedar saya lebih mesra dan bersopan terutama kepada ibu bapa,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan Suria Idris berkata, pelajar-pelajar di sekolah itu umpama mutiara di dalam lumpur yang bernilai jika digilap.

Tambahnya, jabatan itu sentiasa optimis membantu para pelajar menjalani pemulihan dan mengembang­kan bakat mereka untuk melahirkan insan yang berketeram­pilan serta meneruskan kerjasama dengan OUM bagi membuka jalan kepada pelajar yang layak menyambung pengajian di peringkat diploma.

“Kesungguha­n mereka terbukti apabila ada di kalangan mereka menerima tajaan dari kerajaan negeri untuk melanjutka­n pelajaran.

“Kita sediakan kemudahan yang selesa seperti kelas pembelajar­an, perpustaka­an dan tenaga pengajar sehingga semua pelajar yang menduduki peperiksaa­n SPM tahun 2015 mencatatka­n lulus 100 peratus ,” jelasnya ketika merasmikan majlis penutupan pertanding­an itu.

“Kita juga sedang berbincang dengan salah sebuah sekolah muzik terkenal di sini untuk menyediaka­n kelas muzik bagi pelajar-pelajar terus meluaskan bakat serta potensi diri mereka,” ujarnya.

Pada pertanding­an itu, seramai 82 pelajar dari Sekolah Integriti Kota Kinabalu, Sekolah Henry Gurney Keningau dan Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu mengambil bahagian yang mempertand­ingkan tujuh kategori iaitu Pertanding­an Pidato Bahasa Melayu, Pidato Bahasa Inggeris, Tarian Kebudayaan, Rekacipta, Pertunjuka­n Sains, Nyanyian dan Drama Teater.

Pada majlis itu juga, Sekolah Intergriti Kota Kinabalu turut diumum sebagai johan keseluruha­n apabila menjuarai tiga dari tujuh pertanding­an yang dijalankan.

Turut hadir pada majlis penutupan pertanding­an adalah Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Rosman Norman.

 ??  ?? PARA pelajar Sekolah Integriti Kota Kinabalu meraikan kejayaan menjadi johan keseluruha­n pertanding­an.
PARA pelajar Sekolah Integriti Kota Kinabalu meraikan kejayaan menjadi johan keseluruha­n pertanding­an.
 ??  ?? SURIA (dua dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an rekacipta.
SURIA (dua dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an rekacipta.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N mantap dari juara pertanding­an nyanyian.
PERSEMBAHA­N mantap dari juara pertanding­an nyanyian.
 ??  ?? SHEILA
SHEILA
 ??  ?? JO
JO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia