Utusan Borneo (Sabah)

Datuk Godfery Gregory Joitol, pernah berakit rakit ke sekolah

-

UTUSAN BORNEO (UB): Boleh ceritakan sedikit latar belakang Datuk? DATUK GODFERY GREGORY JOITOL (GREGORY): Saya dilahirkan di Kampung Tanaki, Penampang. Saya anak ketiga dari 11 bersaudara. UB: Dimana Datuk bersekolah? GREGORY: Saya mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah St Michael Penampang, iaitu dari darjah satu hingga Tingkatan lima. Kemudian saya bersekolah dalam tingkatan enam di SM All Saints. UB: Oh ya. Apa cita-cita Datuk sewaktu kecil ya?

GREGORY: Masa duludulu kita di kampung, kita belum kena beri pendedahan, kita mahu jadi apa. Kita belum tahu apa cita-cita kita. Hidup di kampung, kita belum banyak terdedah. Waktu itu belum ada letrik, tv pun belum ada, bekalan air belum ada, kemudahan asas tiada.

Masa itu, apa yang ada dalam fikiran kita ialah kita mahu mengubah kehidupan.Cita-cita saya mesti ubah kehidupan. Itu mungkin mendorong saya untuk belajar. Saya bukan juga pandai sangat. Saya average saja. Tapi saya tanamkan cita-cita mahu masuk universiti. Saya lebih berusaha untuk tingkat mutu kehidupan. Kemiskinan bukan satu perkara buruk.Kemiskinan dorong kita ubah nasib kita. Terpulang kepada diri kita ubah nasib masing-masing.

Masa itu, masih banyak yang hidup dalam kemiskinan. Untuk ke sekolah, kami terpaksa naik rakit. Di kampung Tanaki ada sungai. Kami menyeberan­g sungai dengan rakit.Jalan raya tiada. Jadi kami terpaksa pergi sekolah jalan kaki.

Dari rumah, kami berjalan kaki ke sekolah yang terletak kira-kira 3 km dari rumah. Sebelum itu, kami terpaksa menyeberan­g sungai menggunaka­n rakit buluh. Begitulah rutin setiap hari. Pada tahun 1973 hingga 1974, saya bersekolah dalam tingkatan enam bawah dan tingkatan enam atas di SM All Saints. UB: Berapa duit bekal ke sekolah Datuk? GREGORY: Dulu kami tak ada bawa duit bekal. Sebelum ke sekolah, kami sarapan dulu. Kopi sama nasi saja. Nasi semalam. Balik dari sekolah, nasi memang ada.Cuma lauk saja tiada. Kami ini petani. tanam padi. Kami punya padi,satu tahun pun tidak boleh habis. Kita tanam padi sara diri.Tanam padi bukan untuk dijual. Jadi banyak simpanan. Kami tidak pernah kekurangan padi.

Kehidupan masa itu memang begitu.Mungkin kerana kemiskinan. Bukan tidak boleh makan. Padi satu tahun pun tidak habis. Biasa ada makan. Jarang lapar. Tiada kekurangan makanan. Walaupun kami dari keluarga yang tidak berada. Tapi kalau kita bandingkan dengan orang lain, orang lain pun begitu. Kebanyakan penduduk hanya jadi petani. UB: Selepas tingkatan enam, Datuk terus masuk universiti? GREGORY: Selepas tingkatan enam, saya mohon masuk Universiti Malaya.Masa itu saya sudah bekerja sebagai kerani di ibu pejabat polis Kepayan. Gaji RM280. Kemudian pada bulan Mei 1975, saya dapat tawaran masuk universiti. Saya bincang dengan famili, dengan sepupu sepupu. Buat pungutan sikit sikit. UB: Banyak yang dapat dikumpulka­n? GREGORY: Saya dapat kumpul RM1,200. RM300 tambang, duit selebihnya itu untuk bayar yuran pengajian, tempat tinggal. Saya sebenarnya terlambat mohon biasiswa. Selepas mendapat tawaran,

saya jumpa bahagian biasiswa, mereka beritahu permohonan sudah tutup. Saya diminta hantar borang sahaja. Saya ke Yayasan Sabah, saya diberitahu biasiswa tidak ada, yang ada pinjaman pendidikan. UB: Jadi bagaimana?

GREGORY: Saya pergi saja. Apapun yang terjadi, saya pergi saja, dalam hati kalau tak cukup duit nanti saya cari kerja. Itulah pertama kali juga saya naik kapal terbang. Datang ke tempat yang baru, persekitar­an baru, dalam usia kirakira 19 tahun. Ada juga rasa nervous kerana tidak pernah ke semenanjun­g. Itulah pertama kali, seorang diri. Di tempat baru kita terpaksa cari kawan sendiri. UB: Dapat biasiswa? GREGORY: Nasib baik. Pada penghujung tahun 1975. Saya dapat dua tawaran. Satu tawaran biasiswa dari Kerajaan Negeri dan satu lagi pinjaman pendidikan dari Yayasan Sabah. Akhirnya saya pilih biasiswa. Selepas tiga tahun di Universiti Malaya, saya berjaya mendapat Bachelor of Arts, pengkhusus­an dalam bahasa Inggeris. UB: Siapa antara rakan dari Sabah yang belajar di UM masa itu?

Masa itu, apa yang ada dalam fikiran kita ialah kita mahu mengubah kehidupan. Citacita saya mesti ubah kehidupan. Itu mungkin mendorong saya untuk belajar. Saya bukan juga pandai sangat. Saya average saja. Tapi saya tanamkan cita-cita mahu masuk universiti.Saya lebih berusaha untuk tingkat mutu kehidupan. Kemiskinan bukan satu perkara buruk.Kemiskinan dorong kita ubah nasib kita. Terpulang kepada diri kita ubah nasib masingmasi­ng.”

GREGORY: Antara rakan dari Sabah yang belajar di Universiti Malaya ketika itu Datuk Abidin Madingkir, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur. Di sana juga kita berkenalan dengan Datuk Ewon Ebin, Tan Sri Gani Patail, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing. UB: Apa kerja datuk selepas tamat universiti?

GREGORY: Sekembalin­ya saya ke negeri Sabah, saya bekerja dengan Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pentadbir Tahun 1978. Mula mula saya di pejabat perjawatan negeri.Saya di sana kira-kira 15 tahun dari tahun 1978 hingga 1994. Mula-mula sebagai pegawai tadbir, Ketua Penolong Pengarah dan kemudian sebagai Timbalan Pengarah. UB: Selepas itu? GREGORY: Kemudian saya mohon biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran. Sesudah 15 tahun bekerja, kita rasa bosan juga, jadi saya mohon biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat sarjana. UB: Tahun berapa? GREGORY: Tahun 1993, saya meneruskan pengajian Master ofScience di United Kingdom, di York University. Yorkshire. UB: Jauh dari London?

GREGORY: Terletak kira kira dua jam naik keretapi di sebelah utara London. Tapi kalau Kelab Leeds United, kira-kira 30 minit saja dari tempat saya belajar. UB: Dimana Datuk bertugas sekembalin­ya dari UK? GREGORY: Saya ditugaskan di Biro Pembanguna­n Sumber Manusia (BPSM ) dari tahun 19951998 jadi Timbalan Pengarah di sana.

Antara tugasnya ialah merancang dan mengimplem­entasi modul latihan untuk pegawai-pegawai kerajaan Sabah, termasuk memberi ceramah kepada pegawai kerajaan. Selain itu, di BPSM kami juga merancang dan mengimplem­entasi modul latihan teknikal untuk pelajar-pelajar sekolah lepasan tingkatan lima.

Kemudian pada Februari 1998 hingga 2005, saya berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Antara bidang tugasnya ialah memastikan dasardasat kementeria­n dapat diimplemen­tasikan dengan jayanya oleh jabatan dan agensi berkaitan di bawah kementeria­n seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Perpustaka­an Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan lebih 30 persatuan sukarela yang berdaftar dengan kementeria­n.

Antara bidang tugas saya di sana juga ialah merancang dan mengkordin­asi pengagihan peruntukan ke jabatan dan persatuan sukarela di bawah kementeria­n.

Dalam menjalanka­n tugas-tugas berkenaan, di sini saya terdedah dengan isu-isu hak asasi manusia khususnya hak asasi kanak-kanak, hak asasi golongan orang kurang upaya dan hak asasi golongan warga emas. Saya juga terlibat dalam mempromosi hakhak pengguna dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. UB: Kemudian dimana Datuk ditugaskan? GREGORY: Pada Julai 2005 hingga Disember 2007, saya berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian

dan Industri Makanan.

Antara tugas-tugas saya ialah memastikan dasar-dasar kementeria­n dapat diimplemen­tasi oleh jabatan dan agensi berkaitan di bawah Kementeria­n seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmar­an Haiwan dan Perusahaan Ternak, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Industri Getah Sabah, Korporasi Pembanguna­n Desa dan sebagainya. UB: Apa jawatan datuk sebelum bersara?

GREGORY: Pada 27 Disember 2007 hingga 17 Ogos 2011, saya dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembanguna­n).

Antara tugas saya di sana ialah memantau pen g implementa­si a n projek pembanguna­n yang berada bidangkuas­a jabatan Ketua Menteri.

Saya juga ditugaskan untuk menangani pembanguna­n teknologi informasi dan komunikasi di kesemua Jabatan Kerajaan Negeri.

Sebagai TSKN, saya juga ditugaskan untuk mengkordin­asi dan menapis respon dari jabatan dan agensi Kerajaan Negeri khususnya di bawah Jabatan Ketua Menteri berhubunga­n isu-isu yang dibawa oleh Suhakam. UB: Sudah berapa lama datuk dilantik sebagai Pesuruhjay­a Suhakam?

GREGORY: Saya baru saja mendapat pelantikan sebagai pesuruhjay­a Suhakam pada Jun lepas. Sebelum itu, saya diberitahu bahawa kerajaan sedang cari pesuruhjay­a kerana ada kekosongan.

Saya pun dipelawa menghantar CV. Kemudian saya mendapat telefon dari Bahagian Hal Ehwal UndangUnda­ng Suhakam untuk mengesahka­n beberapa butiran. Tidak berapa lama kemudian saya mendapat tawaran pelantikan sebagai Pesuruhjay­a Suhakam Sabah.

Begitulah ceritanya. Kami dilantik sebagai Pesuruhjay­a Suhakam, seramai lapan orang di seluruh Malaysia bersama Pengerusi Suhakam iaitu Tan Sri Razali Ismail, mantan Pengerusi Persidanga­n Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). UB: Apa perancanga­n Datuk selepas dilantik sebagai pesuruhjay­a Suhakam yang baru? GREGORY: Kita hanya meneruskan rancangan kerja dan programpro­gram yang sudah disediakan oleh Suhakam dalam memberikan kesedaran mengenai hak asasi. UB: Apa prinsip Datuk? GREGORY: Kita buat apa yang terbaik.Kalau kita kerja, kita buat kerja yang terbaik.

KITA buat yang terbaik. Kalau kita kerja, kita buat kerja yang terbaik,” kata Mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, DATUK GODFERY GREGORY JOITOL. Bermula dari seorang anak kampung, yang mengalami betapa sukarnya kehidupan dalam belenggu kemiskinan, selangkah demi selangkah beliau menapak mencipta kejayaan dalam kerjayanya. Walaupun satu ketika dahulu, beliau terpaksa berakit-rakit menyeberan­g sungai untuk ke sekolah, namun siapa sangka beliau mampu menaiki tangga demi tangga dalam kerjayanya hingga dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN). Kini beliau diamanahka­n pula sebagai Pesuruhjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Sabah. Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang mewawancar­a DATUK GODFERY GREGORY JOITOL di pejabatnya di Tingkat 8, Centre Point.Ikuti petikan wawancara bersama beliau mengenai sedikit kisah hidupnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia