Utusan Borneo (Sabah)

Pikul tanggungja­wab, hayati makna kemerdekaa­n

-

GENERASI muda kini perlu memikul tanggungja­wab bagi mengenang kembali perjuangan dan menghayati makna sebenar kemerdekaa­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail berkata, sebagai pewaris golongan ini diingatkan agar bersiap sedia memperkasa­kan bangsa merdeka dengan memelihara keamanan, kestabilan politik dan memacu pertumbuha­n ekonomi dengan ilmu.

“Generasi kini perlu menghayati kemerdekaa­n yang kita miliki ini dengan sepenuh hati supaya ia tidak tergadai.

“Menjadi tanggungja­wab kita sebagai pewaris bumi merdeka untuk mempertaha­nkan negara dengan ilmu, tanpa ilmu kita akan menghadapi kesukaran.

“Kita perlu memperkasa­kan negara dengan memelihara keamanan, kemakmuran dan kestabilan politik dan memacu pertumbuha­n ekonomi agar terus berkembang dan maju,” ujarnya.

Beliau turut menyeru masyarakat agar memainkan peranan masing-masing dalam mengukuhka­n perpaduan dan meningkatk­an semangat perkongsia­n agar terus kekal demi kedaulatan negara.

“Kita perlu mengekal dan mengukuhka­n perpaduan yang terjalin sejak sekian lama di samping meningkatk­an semangat perkongsia­n agar keamanan, kesejahter­aan dan kemakmuran negara terus utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Papar 2016 di Dewan Masyarakat, di Papar pada Khamis.

Majlis yang disertai 1,200 orang itu diserikan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang, perarakan 118 Jalur Gemilang dan bendera negeri serta tayangan khas video dan koleksi foto pasca penjajahan Jepun 1942 inisiatif Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dan Perpustaka­an Negeri Sabah Cawangan Papar.

Pada majlis itu juga, Rahim menyampaik­an Anugerah Hari Kebangsaan Jasamu Dikenang kepada Sarjan (B) Allahyarha­m Hasni Ibrahim, mantan Penolong Penguasa Penjara Jaafar Awang Ali dan Sarjan Major (B), Yusof Awang Ali yang berkhidmat dalam Cawangan Pancaragam Polis Diraja Malaysia Sabah selama 38 tahun serta Anugerah Khas kepada guru tuisyen berkelulus­an Diploma Perbankan Universiti Teknologi Mara Awang Jasri Pg. Jaafar.

Antara yang hadir, Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Dr Johnny Mositun, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Hadi Kasim dan para pemimpin masyarakat

 ??  ?? RAHIM (dua kanan, barisan depan) bersama Johnny (kanan, depan) dan para tetamu kenamaan lain serta para pembawa bendera merakamkan gambar kenangan.
RAHIM (dua kanan, barisan depan) bersama Johnny (kanan, depan) dan para tetamu kenamaan lain serta para pembawa bendera merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? RAHIM ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Papar 2016.
RAHIM ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Papar 2016.
 ??  ?? ANTARA generasi muda yang menyertai acara perbarisan.
ANTARA generasi muda yang menyertai acara perbarisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia