Utusan Borneo (Sabah)

Pelombong bunuh timbalan menteri Bolivia

Selepas menculikny­a untuk menuntut pindaan undang-undang buruh, kerajaan ikrar hukuman keras

-

LA PAZ: Timbalan Menteri Dalam Negara Bolivia Rodolfo Illanes telah dibunuh oleh pelombong yang menculikny­a untuk menuntut pindaan undangunda­ng buruh, menurut pihak berkuasa kelmarin.

“Semua petunjuk menunjukka­n bahawa timbalan menteri kita, Rodolfo Illanes, telah dibunuh secara kejam dan pengecut,” Menteri Dalam Negara Carlos Romero memberitah­u satu sidang media.

Illanes telah pergi ke kawasan sekatan pelombong yang melakukan bantahan di pekan tanah tinggi barat Panduro, sebelum diculik dan kemudian dibunuh oleh penculikny­a.

Illanes pada mulanya memberitah­u media tempatan melalui panggilan telefon bahawa “saya berada dalam keadaan yang sihat...dikawal dengan ketat oleh pihak bangsawan, maka orang tidak akan mencederak­an saya.”

Namun beberapa laporan kemudian menyatakan pegawai kerajaan itu telah meninggal dunia, memetik seorang pengarah di stesen radio yang melaporkan beliau telah melihat mayat Illanes.

“Kami telah melihat mayat Timbalan Menteri Illanes,” Moises Flores, pengarah bagi sebuah stesen radio perlombong­an, memberitah­u syarikat radio tempatan yang lain.

Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Pertahanan Reymi Ferreira menyatakan bahawa kira-kira 100 hingga 120 tangkapan telah dilakukan dan ketua kumpulan yang membunuh Illanes “secara kejam” telah dikenal pasti.

“Tindakan ini tidak boleh terlepas dari hukuman, dan harus dihadapkan ke mahkamah,” tegas Ferreira.

Tunjuk perasaan oleh pelombong itu bertukar menjadi ganas pada minggu ini selepas sebatang lebuh raya telah disekat, dengan penunjuk perasaan menuntut bagi konsesi perlombong­an dan hak untuk bekerja bagi syarikat swasta atau asing.

Dua orang pekerja terbunuh pada Rabu lepas, menurut pertubuhan pelombong nasional di negara ini, namun kerajaan hanya menyebut tentang satu kematian sahaja.

Selepas pertempura­n selama beberapa hari dengan polis untuk kawalan di jalan raya, pelombong telah bersetuju memulakan rundingan dengan pihak kerajaan pada pagi semalam dengan syarat mereka membuka laluan tersebut. —

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR FAIL: Timbalan Menteri Dalam Negara Bolivia Rodolfo Illanes. — Gambar Reuters
GAMBAR FAIL: Timbalan Menteri Dalam Negara Bolivia Rodolfo Illanes. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia