Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g tuntut perbahasan Parlimen mengenai menteri kewangan

-

JOHANNESBU­RG: Parti pembangkan­g utama di Afrika Selatan kelmarin me-nuntut diadakan perbahasan Parlimen mengenai apa yang ia anggap sebagai penindasan terhadap Menteri Kewangan Pravin Gordhan, yang sedang disiasat polis berhubung satu unit pengintip yang disyaki berada dalam jabatan percukaian.

Gordhan berkata beliau tidak diwajibkan oleh undang- undang untuk mematuhi saman polis yang dikaitkan dengan satu siasatan untuk mengetahui sama ada beliau menggunaka­n Jabatan Hasil Dalam Ne- geri Afrika Selatan (SARS) untuk mengintip ahli politik termasuk Presiden Jacob Zuma.

Berita mengenai saman Gordhan memburukka­n lagi kebimbanga­n pelabur tentang perebutan kuasa di antara Zuma dengan Gordhan ketika ekonomi paling maju di Afrika itu berada di ambang kemeleseta­n dan agensi penarafan kredit menimbang untuk menurun tarafnya kepada “tidak bernilai” ( junk) pada hujung tahun ini.

Nilai matawang rand sudah turun sekitar lima peratus sejak berita tentang saman polis muncul Selasa lepas.

“Saya pada hari ini sudah mengemukak­an permintaan segera kepada Speaker Dewan Negara mengenai tindakan yang dimandatka­n oleh Zuma terhadap Menteri Kewangan Pravin Gordhan,” ketua Pakatan Demokratik Mmusi Maimane menyebut dalam satu kenyataan.

Aktivis politik menunjuk perasaan di luar pejabat ‘The Hawks’, unit polis elit yang menyiasat Gordhan, kelmarin untuk menyokong menteri kewangan itu.

Penganalis­is sudah menyatakan sejak Februari lalu, ketika beliau mulamula disoal siasat oleh ‘ The Hawks’ mengenai unit yang beliau tubuhkan ketika di SARS, Gordhan telah menjadi sasaran tekanan politik dari satu puak yang bersekutu dengan Zuma.

Jurucakap ‘The Hawks’ Hangwani Mulaudzi enggan membuat kenyataan.

Pejabat presiden berkata pada Mei lalu bahawa Zuma tidak bersengket­a dengan Gordhan. Pejabat Zuma belum lagi membuat kenyataan mengenai perkembang­an terbaharu.

Seorang bekas menteri kewangan Trevor Manuel berkata ekonomi akan “mus- nah” jika Zuma memecat Gordhan, selepas beliau menukar menteri kewangan sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu pada Disember lalu.

Pelabur dan agensi pe- narafan menyokong rancangan Gordhan untuk mengawal perbelanja­an kerajaan dalam ekonomi yang sudah diramalkan oleh bank pusat akan berkembang pada kadar kosong peratus pada tahun ini.

Rancangan yang disokong oleh Zuma untuk membina beberapa loji tenaga nuklear, dengan kos sebanyak AS$60 bilion (RM246 bilion), telah menjadi punca ketegangan dengan Perbendaha­raan selama berbulan- bulan dan kemungkina­n akan meningkatk­an lagi tekanan ke atas kedudukan Gordhan, kata penganalis­is.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia