Utusan Borneo (Sabah)

Bantu tingkat pendapatan wanita

Handmade Market melalui program Seni Jahitan Kreatif

- Oleh ALFRED PETRUS

PROGRAM Handmade Market (HMM) yang dicetus oleh Pusat latihan Kraftangan Epal (Epal) dengan usahasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) menjadi platform membantu tingkatkan pendapatan golongan wanita melalui seni jahitan kreatif.

HMM juga adalah satu platform untuk menjadikan seseoraang itu sebagai usahawan yang dapat menjana pendapatan selain mengisi masa lapang mereka sebagai hobi.

Bagi golongan wanita, mereka boleh membantu keluarga dalam menambah pendapatan sampingan dengan santai kerana HMM produk-produk yang dihasilkan para perintis (peserta) adalah di rumah sahaja.

Walaupun peserta belum mahir dalam jahitan, tetapi mereka akan mendapat latihan daripada Epal bagi membantu mereka dalam arena seni jahitan kreatif berkenaan.

Pengurus Pusat Latihan Kraftangan Epal (Epal) Kota Kinabalu Moirin Dauni berkata kebanyakan peserta yang berdaftar dengan Epal dan kelas jahitan kreatif adalah mereka yang tidak mempunyai bakat atau asas dalam jahitan.

“Namun, selepas membeli barangan atau mesin jahit dari Epal, mereka secara langsung berdaftar dengan kami dan boleh mengikuti kelas jahitan.

“Selepas mereka menghadiri kelas asas jahitan, mereka boleh mengeluark­an hasil sendiri untuk kegunaan sendiri mahupun untuk dijual.

“Pada masa sekarang sahaja, kira-kira 50 peserta yang aktif namun kami utamakan pada mereka yang belum ada jualan di luar,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo pada Rabu lalu.

Moirin berkata ia adalah bagi membantu mereka untuk menjana pendapatan mereka dengan berniaga dan risiko yang rendah.

Katanya selain daripada risiko yang rendah dalam perniagaan, program HMM juga membantu golongan sasar mendapatka­n pendapatan dengan modal yang rendah.

“Bahan-bahan untuk menghasilk­an sesuatu barangan tidak semestinya perlu dibeli dengan harga yang mahal.

“Kebanyakan peserta menggunaka­n barangan atau kain terpakai seperti jeans untuk menghasilk­an sesuatu tetapi berkualiti dengan hanya menggunaka­n kemahiran yang mereka ada.

“Dengan itu, mereka akan menghasilk­an pendapatan mudah kerana harga yang berpatutan tetapi kualiti yang amat baik,” jelasnya.

Jelasnya Epal dapat meningkatk­an pendapatan golongan wanita dengan objektif yang diutamakan oleh mereka iaitu menjana pendapatan sekali gus mencapai matlamat 3P yang diketengah­kan.

“Dengan adanya aktiviti semasa seperti publisiti, jualan dan bertemu pelanggan bukan sahaja meningkatk­an pendapatan mereka tetapi mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu Pengenalan, Pendapatan dan Pengalaman,” katanya. Katanya HMM mempunyai

keunikan

tersendiri yang mana produk yang dihasilkan adalah hasil kerja tangan peserta sendiri serta pelanggan dapat berjumpa terus dengan pembuat kraf.

Salah seorang peserta Epal, Norazian Hashim, 54, berkata Epal adalah satu program untuk memberitah­u pihak luar bahawa buatan HMM adalah setanding dan kualitinya mungkin lebih baik daripada buatan kilang.

Beliau yang masih bekerja sebagai setiausaha pejabat di jabatan kerajaan menyertai Epal dan HMM kerana minat yang mendalam.

Norazian berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatiann­ya pada seni jahitan selepas bersara.

“Mungkin orang lain tidak nampak HMM ini, tetapi saya memandang ia lebih jauh untuk jangka masa panjang untuk mencapai 3P berkenaan.

“Pertama sekali iaitu pengenalan diri yang mana bila seseorang ada di sini, mereka mengenali saya, dan bila mahu buat beg, kita sudah dikenali dan kita dicari.

“Keduanya untuk menimba pengalaman yang mana pengalaman itu bukan sahaja dari seni jahitan kreatif tapi juga pengalaman dalam perniagaan.

“Seterusnya adalah meluaskan perniagaan yang mana di sinilah platform untuk meluaskan perniagaan apabila kita berrjumpa dengan orang ramai atau pelanggan,” katanya.

Selepas menyertai program berkenaan, Norazian berhasrat untuk membuka kiosk perniagaan sendiri untuk mengetenga­hkan hasil kerjanya.

Jelasnya produkprod­uk yang dihasilkan adalah seperti pelbagai jenis beg dan selimut.

Idea untuk menghasilk­an produknya adalah daripada laman sosial serta idea daripada pelanggann­ya sendiri.

Dari segi pendapatan­nya pula, beliau boleh mendapatka­n separuh daripada gajinya dalam sebulan.

“Sambutan pelanggan juga memuaskan dan ada yang memberi maklum balas berkenaan produk yang saya hasilkan. Mereka memuji dan sangat berpuas hati.

“Bukan sahaja kualiti yang saya utamakan, tetapi harga yang berpatutan juga yang mana, harga yang saya berikan mengikut tahap kesusahan menjahit sesuatu produk dan juga bahan yang digunakan,” katanya.

Jelasnya perniagaan yang dijalankan terbahagi kepada dua peringkat iaitu tempahan yang diambil daripada pelanggan serta produk yang terhasil daripada ciptaan dan ideanya sendiri.

“Dalam mengetenga­hkan produk, saya juga menghasilk­an jenamah sendiri iaitu ‘Ryzaiora’.

“Daripada itu, setiap produk yang saya hasilkan itu disertakan dengan jaminan kepada pelanggan. Jaminan yang diberikan adalah apabila ada jahitan yang terbuka dan berlaku kesilapan daripada saya, dan saya akan betulkan tanpa mengenakan sebarang kos.

“Namun, jika koyakan berlaku disebabkan kecuaian sendiri, itu tidak termasuk dalam jaminan,” katanya.

Nafsia Abdul Majid, 61, yang juga seorang pesara jururawat sudah mula berkecimpu­ng dengan dunia seni jahitan kreatif sejak 2008 lagi.

“Saya memulakan aktiviti ini sejak 2008 apabila tertarik selepas melihat mesin menyulam yang dikawal oleh komputer sahaja.

“Walaupun dari kecil sudah menggunaka­n mesin jahit, namun asas itu perlu dipelajari dan saya mengikuti kelas Epal untuk mendalami seni jahitan.

“Kini saya memiliki pelbagai jenis mesin untuk kegunaan saya sendiri bagi menghasilk­an produk. Kebanyakan produk yang saya hasilkan adalah seperti beg, sarung kota tisu, perhiasan kunci, sejadah dua dalam satu, lapis meja, dan cadar dengan hiasan patch work yang dipelajari daripada Epal,” katanya.

Pada mulanya, beliau menyertai Epal bukan untuk berniaga tetapi minat dan hobi semata-mata.

“Namun, selepas melihat bantuan daripada Epal untuk mempromosi­kan kami serta mendapat sedikit pendapatan, kami mula bergiat dalam perniagaan seperti ini.

“Dari segi sambutan, ia amat memuaskan kerana kami masing-masing mendapat pelanggan sendiri. Saya juga mempunyai pelanggan tetap yang mana mereka meminta saya untuk menjahit beg daripada jeans untuk mereka menjualnya semua,” katanya.

Sementara itu, Vera Maria, 44, yang juga salah seorang peserta Epal sejak 2008 kini bergiat aktif dalam dunia perniagaan melalui HMM.

Vera yang juga bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbanga­n negara mengetenga­hkan jualannya seperti tote bag, backpack, bekas pensil dan barangan lain yang diminta pelanggann­ya.

Katanya ia adalah satu minat dalam menghasilk­an apa sahaja dalam seni jahitan kreatif.

Beliau juga mencadangk­an kepada wanita yang tidak bekerja untuk mengikuti kelas jahitan Epal.

“Dengan adanya kemahiran seni jahitan ini boleh menjana pendapatan dan menunjukka­n diri kita dapat berdikari.

Dan, kepada pelanggan yang belum mengenali HMM, beliau menyaranka­n mereka berkunjung ke pusat beli-belah Suria Sabah untuk melihat sendiri produk-produk yang dihasilkan oleh peserta HMM sekali gus menyokong perniagaan tempatan.

 ??  ?? NORAZIAN menunjukka­n beg yang dihasilkan daripada bendera Malaysia. MOIRIN BEKAS pensil yang dihasilkan oleh Vera. KELIHATAN Nafsia menunjukka­n cara jahitan kreatif ketika ditemui wartawan. VERA menunjukka­n salah satu beg hasil daripada jahitannya...
NORAZIAN menunjukka­n beg yang dihasilkan daripada bendera Malaysia. MOIRIN BEKAS pensil yang dihasilkan oleh Vera. KELIHATAN Nafsia menunjukka­n cara jahitan kreatif ketika ditemui wartawan. VERA menunjukka­n salah satu beg hasil daripada jahitannya...
 ??  ?? ANTARA produk yang dihasilkan oleh Norazian dengan menggunaka­n pelbagai bahan terpakai. ANTARA hasil jahitan yang dijual pada HMM. NORAZIAN menunjukka­n beg yang dihasilkan mengikut kehendak pelanggann­ya.
ANTARA produk yang dihasilkan oleh Norazian dengan menggunaka­n pelbagai bahan terpakai. ANTARA hasil jahitan yang dijual pada HMM. NORAZIAN menunjukka­n beg yang dihasilkan mengikut kehendak pelanggann­ya.
 ??  ?? PERHIASAN kunci yang dihasilkan daripada seni jahitan kreatif oleh Nafsia.
PERHIASAN kunci yang dihasilkan daripada seni jahitan kreatif oleh Nafsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia