Utusan Borneo (Sabah)

Iva Stanley lancar album di Serian malam ini

- Oleh AGNES TUGONG

PENYANYI Iban baru, Iva Stanley akan melancarka­n album baru malam ini bertempat di Kampung Telagus, Simunjan bermula pada jam 7 malam.

Album berjudul ‘Kesaika Bulu Siga’ ini merupakan keluaran Kaban Music Production (KMP) dan memuatkan lapan buah lagu pelbagai rentak.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah ‘Kesaika Bulu Siga’, ‘Merampau Ketegal Bujang’, ‘Mina Nguji Aja’, ‘Terebai Ngiga Penyangkai’, ‘Semina Pengingat Aja’, ‘Badu Beraie’, ‘Pait Ba Jari Manis’ dan ‘Lenny Marlina’.

Antara komposer yang menjayakan lagu dalam album ini ialah Robert Bell Sebuyau, Jesley Jabu, Matthius Mambang, Lewelyn Lawas Julin dan Iva Stanley sendiri.

Majlis pelancaran pada malam ini turut akan dimeriahka­n lagi dengan kehadiran penyanyi di bawah naungan KMP iaitu Shasha Julian, Intan Bayang, Genna dan Vanessa.

Menurut Penolong Pengurus KMP, Gibson sempena pelancaran album malam ini turut akan diadakan penjualan VCD/CD oleh KMP dengan harga istimewa.

Selain itu, KMP turut akan mengadakan uji bakat terbuka bagi mencari dan mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Sehubungan itu, orang ramai terutama mereka dari sekitar Serian, Balai Ringin dan Simunjan dijemput untuk sama-sama hadir memeriahka­n majlis itu nanti selain peluang untuk menjadi artis rakaman KMP.

 ??  ?? ALBUM BAHARU: Saksikan pelancaran album baru Iva Stanley malam ini di Kampung Telagus, Simunjan bermula pada jam 7.00 malam.
ALBUM BAHARU: Saksikan pelancaran album baru Iva Stanley malam ini di Kampung Telagus, Simunjan bermula pada jam 7.00 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia