Utusan Borneo (Sabah)

MTV lancar pertanding­an global untuk lagu ‘cover’

-

MTV pada Rabu lepas menjemput peminat dari seluruh dunia untuk menyanyika­n semula (‘cover’) lagu-lagu hit, dan pemenang dijangka akan menjadi masyhur dengan membintang­i video asal.

Rangkaian muzik yang menjadi perintis itu mengumumka­n pertanding­an tersebut menjelang Anugerah Muzik Video MTV pada Ahad di New York dan menyesuaik­an inisiatif itu untuk penonton dalam lebih 120 pasaran bagi rangkaian tersebut di luar Amerika Syarikat.

Rangkaian itu akan mengumumka­n sebuah lagu setiap bulan.

Untuk menyertai pertanding­an, penonton antarabang­sa perlu memuat naik versi ‘cover’ ke dalam YouTube dan menghantar­nya dalam talian untuk menjadi ‘MTV Cover of the Month’.

MTV Internatio­nal akan mengiktira­f pemenang setiap bulan menerusi satu program berulang-ulang dalam televisyen selain sebuah piala.

Rangkaian itu juga akan memilih pemenang tahunan, yang akan mem-bintangi sebuah video muzik asal yang akan diterbitka­n dan dipromosik­an oleh MTV.

Lagu pertama dalam pertanding­an itu, yang akan dibuka selepas gala anugerah pada Ahad, adalah lagu hit global dendangan Mike Posner ‘I Took a Pill in Ibiza’.

Lagu itu sudah menja-lani transforma­si muzik.

Posner menulisnya sebagai satu lagu pop dengan gitar ringan tetapi – menepati bunyi di pusat peranginan Ibiza, Sepanyol – ia menaiki carta sebagai lagu tarian elektronik yang diadun oleh kumpulan duo dari Norway, Seeb.

“Saya menyokong segalanya yang menyokong kreativiti dan ekspresi diri,” kata Posner, yang akan memilih sendiri pemenang, dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Kanan MTV Internatio­nal Kerry Taylor berkata pertanding­an itu adalah sebahagian daripada pendekatan rangkaian tersebut untuk memelihara identiti jenama globalnya yang terkenal dan pada waktu yang sama menggalakk­an citarasa tempatan.

“Kita fokus sekali kepada usaha untuk menjadi jenama global dengan gema tempatan,” kata Taylor kepada AFP.

Taylor berkata MTV terbuka kepada ‘lagu-lagu cover’ dari seluruh dunia termasuk dengan adaptasi tempatan yang kuat.

“Apabila kita melihat jenis kejayaan orang yang membuat ‘lagu-lagu cover’ dalam YouTube dan menyedari betapa audiens sejagat amat menyukai muzik, ini rasa seperti satu pertanding­an yang akan berjaya di Asia sama seperti di benua Amerika,” katanya.

MTV merevolusi­kan industri muzik sejak ia dilancarka­n pada 1981 dengan menjalin komponen visual kepada lagu-lagu pop tetapi rangkaian itu telah memberi fokus yang lebih umum kepada budaya belia. MTV Internatio­nal menjenamak­an diri semula pada tahun lepas sebahagian­nya disebabkan oleh penerimaan media sosial yang pesat dalam budaya belia serta dunia sensasi YouTube yang sedang berkembang. Sebagai sebahagian daripada perubahan itu, MTV Internatio­nal menyiarkan kandungan yang dijana oleh pengguna – dilabel dengan hashtag #mtvbump – ribuan kali seminggu. MTV turut menghasilk­an terbitan sampingan antarabang­sa bagi siri-sirinya yang popular ‘Jersey Shore’ dan ‘Ridiculous­ness’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia