Utusan Borneo (Sabah)

Courteney Cox

terima hakikat usianya makin bertambah

-

BEKAS bintang ‘Friends’ Courteney Cox berkata dia sekarang sudah menerima hakikat bahawa dia kelihatan lebih tua dan menyesali beberapa prosedur yang dia jalankan pada masa lalu untuk mengelak kedut.

Cox, 52, bercakap me-ngenai perkara itu sewaktu ekspedisi bersama pengembara alam bebas Bear Grylls di tanah tinggi Ireland, di mana kedua-dua mereka menakik turun cenuram dan berkongsi berenga yang dijumpai dalam bangkai biribiri yang mereput.

“Menjadi semakin tua bukan sesuatu yang... saya tidak rasa ia adalah perkara paling mudah. Namun saya sudah mendapat pengajaran,” kata Cox dalam episod ‘Running Wild with Bear Grylls’ yang ditayangka­n menerusi televisyen NBC pada awal minggu ini.

Cox, yang bercakap beberapa tahun lalu mengenai menggunaka­n Botox dan rawatan laser supaya kelihatan muda, berkata dia sekarang lebih tenang.

“Kadang-kadang kita mendapati diri kita menjengkel­kan dan kemudian kita melihat gambar diri kita sendiri dan berkata, ‘Ya, Tuhan’. Seakan-akan kita kelihatan teruk. Saya pernah melakukan perkara yang saya kesali, dan nasib baik ia adalah perkara yang larut dan akhirnya hilang. Jadi, itu adalah bagus, kerana ia tidak selalunya rupa terbaik saya. Jadi, sekarang saya cuma ada cogan-kata baharu: ‘Biarkan sahaja’,” katanya.

Cox, yang membawa watak Monica Geller selama 10 tahun dalam siri komedi ‘Friends’, merupakan bintang terbaharu yang bercakap mengenai tekanan yang dirasai wanita di Hollywood untuk memelihara rupa mereka.

Bintang yang turut berlakon bersamanya dalam ‘Friends’, Jennifer Aniston, 47, pada bulan lepas menulis bahawa dia bosan dengan “penelitian yang rapi dan pengaiban tubuh yang berlaku setiap hari” dalam media selebriti dan lain-lain, manakala bintang ‘Bridget Jones’ Renee Zellweger, 47, menyelar spekulasi yang tidak henti-henti bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik dalam satu blog pada 5 Ogos lalu untuk akhbar Huffington Post.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia